KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kota Lama serta pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.
Permohonan maaf itu susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.
Wakil rakyat DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, notis tuntutan maaf tersebut akan dihantar pada hari ini (Ahad) kepada pejabat Menteri Besar selepas laporan polis dibuat.
Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan mengundang susulan kepada tindakan undang-undang yakni memfailkan saman sivil di mahkamah.
Beliau berkata, tuntutan tersebut dibuat selepas Mohd Nassuruddin membuat syarahan umum secara sedar dan jelas, telah menamakan dua DUN iaitu Galas dan Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam.
"Mewakili 10,742 rakyat Galas yang mengundi BN, dan 9,691 rakyat Kota Lama mengundi PH amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar yang saya anggap sebagai melampau dan ekstrem.
"Kenyataan itu seolah menentang Pas seperti menentang perjuangan Islam adalah budaya takfiri yang boleh memecahbelahkan rakyat dan masyarakat," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan pada Ahad.
Hadir sama ialah wakil rakyat DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Menurut Mohd Syahbuddin, kenyataan tersebut boleh menjurus kepada perselisihan faham yakni menuduh pengundi BN, PH sebagai penentang sedangkan beliau sebagai seorang Islam yang lahir dan Insya-ALLAH mati sebagai umat Islam tidak sesekali akan menentang Islam.
Pada pandangan beliau, ucapan Menteri Besar yang bernada sinikal dan angkuh itu wajar dihindari pada masa-masa akan datang.
Ujarnya, langkah itu bagi menyahut seruan Mohd Nassuruddin yang mengambil kisah Umar Al Khattab supaya menegur jika beliau (MB) silap dalam mentadbir negeri.
"Saya kira tuduhan yang dilemparkan beliau (MB) pada saya dan Kota Lama adalah satu kesilapan besar yang wajar ditarik balik.
"Menjunjung demokrasi dan Islam sebagai agama Persekutuan, saya mohon menteri agama, para mufti serta alim ulama turut memberikan pandangan berkaitan kenyataan Menteri Besar yang ternyata tutur katanya amat berbeza dengan MB Kelantan sebelum ini, Datuk Ahmad Yakob," katanya.
Sementara itu, Dr Hafidzah memberitahu beliau serta pengundi, penyokong BN-PH terasa tercabar dengan kenyataan tidak bertatasusila terutama yang dikatakan oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
Menurutnya, ia tidak menghormati langsung bahawa dalam negara demokrasi rakyat ada pilihan untuk memilih.
"Kita perlu mengambil tindakan tegas. Kami tidak boleh dipermainkan, walaupun hanya berdua kami mewakili rakyat melakukan semak dan imbang," kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 20 2023
Mohd Syahbuddin dan Dr Hafidzah semasa sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. - Foto Sinar Harian
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Dituduh lawan Islam: 2 ADUN PH-BN tuntut MB Kelantan mohon maaf
Ia susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah pada Jumaat.