Ketetapan yang dibuat barisan Majlis Tertinggi UMNO yang menidakkan ucapan Timbalan Presidennya di dalam Perasmian sayap-sayap Disember ini adalah satu tindakan tidak wajar.
"Saya hormati keputusan kolektif tersebut, tetapi sekurang-kurangnya takkanlah Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak boleh berucap di dalam penggulungan?" soal Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan media kepada Astro Awani.
Menurutnya, tiada kewajaran dalam penetapan tersebut yang dilihat seolah-olah menidakkan tradisi yang telah dipraktik selama 70 tahun oleh parti keramat orang Melayu itu.
"Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang telah dilakukan oleh barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang telah menjadi amalan UMNO selama ini.
"Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli UMNO ini untuk mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari Presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk Timbalan Presiden parti, Naib-naib Presiden dan juga para perwakilan."ujarnya.
Tegas Shafie, saban tahun Mesyuarat Agong UMNO yang diadakan setahun sekali itu biasanya akan menghimpunkan ahli-ahli UMNO dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk negara.
Menurutnya lagi sebagai parti terbesar negara, perkara menghalang liputan sidang media juga merupakan satu proses yang tidak demokrasi yang cuba ditonjolkan UMNO.
"Kita tidak mahukan hanya ahli UMNO sahaja yang terkesan dengan segala inisiatif dan juga agenda yang bakal dilakukan, sebaliknya kita juga mahu supaya apa yang dilontarkan boleh didengari tidak hanya oleh ahli UMNO bahkan kita juga mahu jutaan rakyat Malaysia yang berada di luar dewan mendengar dan seterusnya menyokong kita."ujarnya.
Shafie turut mengimbau corak kepimpinan tokoh ternama dalam UMNO sebelum ini yang tegar menerima teguran demi kemaslahatan parti.
"Saya masih ingat semasa pertama kali saya mengikut ayahanda saya Tun Sakaran ke Perhimpunan Agong UMNO pada tahun 1970-an di Hotel Hilton, tempat persidangan pada ketika itu bukan sahaja dipenuhi dengan asap rokok, malahan halwa telinga kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas.
"Walaupun ada juga teguran-teguran lantang yang dibuat, tetapi saya dapat lihat setiap ahli UMNO yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada."ujarnya
Katanya setiap teguran yang dibuat adalah bertujuan untuk penambahbaikan yang menjadi asas kekuatan parti, dan dengan usia yang telah menjangkau 70 tahun, UMNO sepatutnya lebih terbuka dan tidak ekslusif.
"UMNO bukan dimiliki oleh seorang ahli, UMNO adalah hak kepada lebih 3 juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya"ujarnya.
Dalam mengukuhkan sifat kepartian suara ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang perjuangan dan memahami perjuangan UMNO lebih daripada pemimpin yang lebih berpengalaman, perlu dihormati dan diambil peduli.
Tambahnya, Presiden parti itu sebelum ini pernah menyuarakan dan mahukan supaya UMNO perlu berubah/reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan UMNO kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang-orang muda dan sebagainya.
"Saya yakin dan pasti ahli UMNO peringkat akar umbi mahu mendengar, meniliti, dan menilai setiap apa yang ingin disampaikan oleh barisan pimpinan ketua-ketua sayap, Naib-naib Presiden, Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden parti sendiri.
"Saya percaya ahli UMNO mampu membezakan mana yang baik untuk kekuatan serta penambaikan kepada parti dan sebaliknya."
"Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di semua peringkat terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini." ujarnya
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Nov 27 2015
Shafie turut mengimbau corak kepimpinan tokoh ternama dalam UMNO sebelum ini yang tegar menerima teguran demi kemaslahatan parti. - Gambar Fail
Suasana di pusat penjumlahan undi TPS 005 Kwitang
Tempoh pengundian untuk calon Gabenor bagi Pilkada 2024 tamat jam 1 tengah hari waktu tempatan sebentar tadi.
Ketua Sekretariat Nusasentris, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi yang kini berada di salah satu pusat penjumlahan undi di Kwitang, Jakarta Pusat ada laporannya.
Ketua Sekretariat Nusasentris, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi yang kini berada di salah satu pusat penjumlahan undi di Kwitang, Jakarta Pusat ada laporannya.
Hanya 10 peratus warga polis Terengganu dibenar cuti
Hanya 10 peratus daripada 3,900 pegawai dan anggota polis Terengganu dibenarkan bercuti sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
Ibu dipenjara sebulan tinggal dua anak dalam rumah dua hari
Seorang tukang urut dipenjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada Rabu selepas didakwa meninggal dua anak yang masih kecil di rumah selama dua hari pada oktober lalu.
“Kita tak pilih kasih, bukan operator feri Pulau Pinang sahaja akan dpt subsidi”- Loke
Menteri Pengangkutan berkata operator feri Pulau Pinang akan diberikan subsidi termasuk operator feri Pulau Tioman, Langkawi dan semua operator feri. “Supaya operator feri dapat melanjutkan operasi mereka dan tiket tidak membebankan pengguna”katanya.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
Seoul dilitupi salji, banyak penerbangan dibatal, tangguh
Seoul diliputi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu, mencatat rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907, menurut agensi cuaca negara.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
Daniel Andreas San Diego dikehendaki di AS atas serangan pengganas yang dilakukannya di California pada 2003.
Bunuh ibu, bapa: Tertuduh diarah jalani pemeriksaan mental sebelum jatuh hukum
Mahkamah menetapkan 27 Januari depan untuk pengurusan kes.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan
Penganjuran itu bagi mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama, antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15
Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.
MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN
Sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bukan sahaja di Johor sebaliknya di seluruh negara, kata Ismail Sabri.
Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan
Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan kemelut politik di Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata MT UMNO tidak boleh dilihat berdiam diri dengan tindakan membelakangkan keputusan parti.
Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional (P
Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.