Keputusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai satu keputusan yang baik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata debat antara pemimpin veteran DAP itu dengan Najib dibimbangi akan bertukar menjadi konflik pertembungan antara kaum.

"Kalau yang saya faham Kit Siang bukan orang yang tidak berani... tetapi saya ingat ramai kawan-kawan nasihat, tidak sesuai masa sekarang, nampak timbul ketegangan.

"Satu keputusan yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui ketika program Sumbangan Rumah ke Rumah di sini, hari ini.

BACA: Fokus isu lebih penting dari debat Najib, Kit Siang - C4

Semalam, Lim mengumumkan untuk menarik diri daripada berdebat dengan Najib atas alasan bimbang program itu akan bertukar menjadi konflik pertembungan kaum antara Melayu dan Cina.

-- BERNAMA