Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Justeru, pimpinan DAP akan terus berusaha untuk memberi penerangan yang jelas di peringkat akar umbi bagi memberi keyakinan terhadap agenda dan hala tuju Kerajaan Perpaduan.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru semua parti dalam Kerajaan Perpaduan agar perlu berusaha menjaga keharmonian dalaman dan mengeratkan talian kerjasama demi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya kecil dalam beberapa bulan lalu juga memberi mesej yang positif dan keyakinan kepada pelabur asing tentang kestabilan politik pada masa kini dan keutuhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.