JOHOR BAHRU: Kepimpinan DAP dijangka bakal memberi maklum balas berhubung kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta parti itu untuk berubah menjadi parti yang sederhana supaya boleh terus disokong oleh masyarakat Cina dan pengundi Melayu.
Menurut Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer lagi, Nur Jazlan juga berkemungkinan mempunyai persepsi yang salah terhadap agenda negara sekular dan slogan "Malaysian Malaysia" dalam perlembagaan parti DAP.
"Kita mengambil maklum tentang apa yang dinyatakan oleh saudara Datuk Nur Jazlan, dan kita serahkan kepada pimpinan DAP, yang saya percaya akan memberi maklum balas kepada permintaan itu dalam masa terdekat.
"Saya berasakan bahawa mungkin ada persepsi salah tentang perkara itu (negara sekular) oleh Datuk Nur Jazlan.
"Saya percaya perkara itu akan dijelaskan oleh pimpinan DAP dalam masa terdekat. Buat masa sekarang saya tiada sebarang komen," katanya ditemui ketika membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat di Taman Tampoi di sini hari ini.
Terdahulu, Nur Jazlan dalam kenyataan di laman Facebook antaranya berkata sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut menggesa agar DAP menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” daripada perlembagaan parti itu jika mahu mendapat sokongan pengundi Melayu.
Dakwa beliau, orang Melayu tidak menyokong DAP disebabkan agenda negara sekular parti itu, yang bercanggah dengan prinsip Islam dan Melayu.
Sementara itu, Rayer yang merupakan ahli DAP berkata jentera pilihan raya PH dan Barisan Nasional (BN) khususnya antara UMNO dan DAP dilihat begitu serasi dalam membantu kempen pada PRK Parlimen Pulai.
"...dan mungkin ini lah yang menyebabkan pihak Perikatan Nasional (PN) tak senang tidur waktu malam kerana mereka lihat DAP dan UMNO boleh bekerjasama dengan begitu baik seperti yang telah kita tonjolkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.
"Saya yakin dan percaya kerjasama ini dapat diperkukuhkan lagi dan akan diperhebatkan dalam jangka masa seminggu akan datang, selain dalam pentadbiran kerajaan," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 30 2023

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (kiri) berkata Nur Jazlan bermungkinan ada persepsi yang salah terhadap agenda negara sekular dan slogan "Malaysia Malaysian" dalam perlembagaan parti DAP. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

DAP perlu berubah? Nur Jazlan mungkin ada persepsi salah - RSN Rayer
Nur Jazlan juga mungkin membuat persepsi yang salah terhadap agenda negara sekular dan slogan "Malaysia Malaysian" dalam perlembagaan parti DAP.