TAIPING: Senarai calon parti DAP yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata pihaknya menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk membuat pengumuman itu.
"Kita sedang cari tarikh keramat untuk membuat pengumuman tetapi ia akan dilakukan dalam masa terdekat. Saya pasti pengumuman akan dibuat sebelum 29 Julai," katanya pada sidang media selepas menghadiri lawatan kerja Program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Pasar Awam Taiping di sini hari ini.
Beliau berkata parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan dan toleransi antara satu sama lain dalam usaha mencari formula kemenangan yang baik supaya dapat mengukuhkan kerajaan Malaysia MADANI.
Menurutnya, DAP tidak hanya tertumpu untuk mengekalkan kemenangan di kawasan tertentu, tetapi turut memberi perhatian penuh ke atas kesemua enam negeri yang bertanding pada PRN ini.
"Kita akan turun beramai-ramai ke semua enam negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah. Di samping kita kekalkan Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor, fokus kita juga termasuk menjadikan Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai negeri sehaluan dengan kerajaan Persekutuan," katanya.
Nga berkata Malaysia dijangka menjadi negara yang stabil dengan pembangunan ekonomi yang rancak dalam tempoh lima tahun sekiranya gabungan Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan besar di keenam-enam negeri nanti.
"Pelabur-pelabur asing akan semakin ramai masuk malah ringgit pun akan semakin kukuh dan meningkat nilainya. Oleh sebab itu, kestabilan politik adalah sangat penting dalam usaha kita membangunkan semula ekonomi," katanya.
Semalam, Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding di 108 kerusi DUN bagi PRN di enam negeri berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
PRN ini melibatkan 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Selangor (56); dan Negeri Sembilan (36).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata pihaknya menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk membuat pengumuman itu. - Gambar fail/BERNAMA

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

DAP lantik audit bebas antarabangsa pastikan pemilihan CEC bersih, telus
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pemilihan tersebut.

Ketua DAPSY Woo Kah Leong dipilih Ketua Angkatan Muda Harapan baharu
Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan yang baharu.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,