JOHOR BAHRU: Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan antara strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat, serta berkemungkinan tidak berasaskan maklumat yang sahih.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata pelaksanaan PRN di Johor adalah untuk kepentingan rakyat, dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad juga tidak membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersendirian, sebaliknya dengan rundingan pelbagai pihak serta diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Pada saya itu hanya pendapat (Abdul Hadi), bukan fakta, mungkin pandangan itu kemungkinan juga ia berasaskan sumber-sumber maklumat yang tidak sahih.
"PRN ini berlaku bukan sebab kluster mahkamah, ia berlaku setelah Menteri Besar merasakan Johor tidak harus berada dalam situasi yang boleh merencatkan usaha-usaha pembangunan dan tugas kerajaan kerana negeri berpotensi tinggi, serta keadaan di mana pembangkang dan kerajaan sama banyak kerusi jarang berlaku dalam dunia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program temu bual Johor FM di RTM Johor di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Che Roslan Che Daud.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Abdul Hadi berhubung PRN Johor.
Justeru Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata semua pemimpin parti, diharapkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan serta perlu menghormati keputusan Johor untuk melaksanakan PRN.
"Kita perlu terima realiti dalam keadaan sekarang, bukan sahaja darurat kesihatan, darurat ekonomi, kita juga mengakui politik kita dalam keadaan yang tidak stabil, harus tangani berasaskan kebijaksanaan dan belum ada satu formula berasaskan seluruh negara, Sabah lain, Johor lain, Kelantan lain.
"Jadi kita perlu hormati suara orang Johor, dan orang Johor lebih tahu apa yang terbaik, jadi lagi kurang keluarkan kenyataan yang merenggangkan, saya rasa lagi baik," katanya.
Beliau pada masa sama berkata kerjasama secara dasarnya harus diteruskan semua pihak atas kepentingan rakyat, seperti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terus memerlukan dokongan daripada Pas, Bersatu serta parti pembangkang.
"Kerana peringkat nasional ada tugas berat yang mesti dilaksanakan, itu formula sesuai yang kita akan terus dokong di kerajaan pusat, di negeri pula berbeza.
"Jadi biar Johor buat pertimbangan berasaskan kepentingan rakyat, kita di pusat pula terus membantu.
"Jadi pada saya tiada apa-apa salahnya dan insya-Allah PRN Johor akan berjalan baik ikut prosedur operasi standard, tanpa perlu merenggangkan hubungan politik antara parti.
"Jadi yang lain-lain itu kita cuba duduk, bincang jangan terlalu emosi dan jangan buat tuduhan-tuduhan menyinggung dan sebagainya," katanya.
Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan berkata tindakan segelintir pemimpin UMNO yang enggan bekerjasama bersama Pas pada PRN Johor, disifatkan seperti tidak bermoral selepas bersama membentuk gabungan Muafakat Nasional.
Beliau dipetik sebagai berkata strategi untuk melaksanakan PRN juga adalah bukan strategi yang baik, tetapi dilakukan segelintir pihak serta mendakwa ia merupakan strategi kluster mahkamah, kluster kalah PRU14 dan mereka yang tiada jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Annuar, diiringi Che Roslan (kiri), ketika hadir sebagai tetamu undangan Johor FM di Konti RTM Johor, Johor Bahru, 29 Jan 2022. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.