KOTA KINABALU : Sekurang-kurangnya lima laporan polis telah dibuat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) setakat ini terhadap pemilik Facebook yang memuatnaik kenyataan mengaitkan pemimpin parti itu menyokong Israel.
Menurut Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari menerusi kenyataan pada Ahad, selain daripada laporan polis, pihaknya turut mengemukakan aduan berhubung isu itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
Jelas beliau, penama Facebook yang dikenali sebagai 'Danny Lukas JR' itu dikenal pasti menggunakan akaun palsu dan dilihat memuat naik paparan beserta gambar dua pemimpin STAR dalam posting berkenaan pada Sabtu.
"Individu ini bukan ahli STAR dan dikenal pasti sering memuat naik dalam media sosialnya seperti Facebook seolah-olah dia mewakili parti ini sehingga membuat ramai terkeliru.
"Bagaimanapun, individu ini dilihat telah melampaui batas apabila memuat naik gambar berkenaan dan menyebabkan STAR dilempar tuduhan menyokong keganasan," katanya.
BACA: Fitnah! STAR sifatkan 'posting' sokong Israel berniat jahat
Rizal turut menambah, beberapa bahagian parti turut akan mengambil tindakan serupa bagi membersihkan imej STAR dalam isu berkenaan.
Dalam pada masa yang sama, beliau juga meminta para penyokong untuk tetap bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang bukannya datang daripada parti itu.
Ruzaini Zulkepli
Sun May 16 2021

Menurut Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari, individu berkenaan menyamar seolah-olah mewakili parti itu dan mengelirukan orang ramai dengan mengaitkan pemimpin parti menyokong Israel. - Gambar Fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

PRU15: STAR sedia bertembung BN jika PBRS mahu bergerak solo - Rizal
Parti Solidariti Tanahairku (STAR) sedia bertembung dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya parti komponennya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkeras ingin bergerak solo di Sabah.

Dakwaan pemimpin menyokong Israel, STAR buat laporan polis
Pihaknya turut mengemukakan aduan berhubung isu itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.