KUALA LUMPUR:Seorang penyokong setia Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menafikan dakwaan bahawa Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terlibat dalam 'Langkah Sheraton' untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Namun Khairuddin menegaskan mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku perancang utama 'Langkah Sheraton' adalah fakta yang nyata.
"Sebenarnya kenyataan YB Liew Chin Tong agak kurang tepat namun menyentuh tentang pembabitan Azmin Ali serta Hamzah Zainuddin selaku perancang utama ‘Langkah Sheraton’ adalah fakta yang nyata.
"Menteri Luar masa kini tiada dalam gambaran langsung pada waktu perancangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Bekas calon Amanah di Parlimen Jasin itu menjelaskan Hishammuddin merupakan seorang yang setia kepada UMNO dan berhati-hati dalam setiap percaturan politiknya.
Menguatkan hujahnya, Khairuddin menjelaskan Hishammuddin merupakan seorang ahli politik yang sukar untuk dipengaruhi dalam gerakan politiknya.
Mengimbau ketika pentadbiran PH, Khairuddin menjelaskan beliau berhubung dengan ramai pemimpin politik dan mengetahui apa yang berlaku.
"Namun, tidak dinafikan bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mempunyai kekuatan tersendiri kerana terdapat lebih kurang 24 ahli-ahli Parlimen UMNO yang menyokong beliau sehingga kini. Ini pendapat kami semata-mata," katanya lagi.
Khairuddin juga menjelaskan ketika pentadbiran PH, beliau pernah bertemu Hishammuddin untuk mencari satu formula kesepakatan dalam lanskap politik tanahair.
"Tetapi pada waktu itu Hishammuddin tetap dengan pendiriannya hanya mahu tumpu kearah melaksanakan agenda bagi menguatkan semula parti UMNO saja.
"Isu-isu lain, Hishammuddin tidak mahu terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
"Kenyataan YB Liew Chin Tong kemungkinannya berteraskan pada persepsi peribadi beliau semata-mata," katanya lagi.
Astro Awani
Wed Dec 02 2020
Khairuddin menjelaskan Hishammuddin merupakan seorang ahli politik yang sukar untuk dipengaruhi dalam gerakan politiknya. - Gambar Fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).