Permohonan maaf sahaja tidak mencukupi bagi ahli politik yang menghina mana-mana sultan di dalam ceramah masing-masing.
Penganalisis politik Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, mereka yang terlibat seharusnya dikenakan hukuman undang-undang demi memastikan isu sama tidak berulang lagi.
Jelasnya, ia juga sangat keterlaluan apabila mengaitkan institusi diraja di dalam kempen politik terutama melibatkan unsur fitnah dan cacian.
"Ahli politik sebegini boleh diambil tindakan secara lebih menggunakan undang-undang sedia ada iaitu memberikan satu ucapan yang boleh mewujudkan rasa kebencian dengan niat fitnah dan juga menjatuhkan maruah seseorang.
"Bagi saya memohon maaf mudah sahaja tetapi ia sebenarnya tidak memberikan satu pengajaran kepada orang lain. Mungkin dia akan mengulang cakap benda sama tanpa memikirkan kesan untuk dapatkan laba politik dan juga untuk mempengaruhi rakyat menyokong sesebuah parti.
"Saya rasa undang-undang dan akta tertentu sudah ada cuma perlu dilaksanakan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
BACA: Dakwaan hina Sultan: Mahfuz sedia mohon maaf, bantu siasatan
BACA: Hina Sultan Pahang: Satu lagi laporan polis terhadap Mahfuz
Ismail mengulas tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam ceramahnya baru-baru ini.
Bagaimanapun Mahfuz dilaporkan mempertahankan kenyataannya namun sedia memohon maaf.
Jelas Ismail lagi, banyak ahli politik yang terlalu seronok berceramah tanpa memikirkan kesan dari bahan yang diberikan kepada audiens masing-masing.
"Dalam isu berkenaan, apabila rakyat sudah membuat lebih 200 aduan, PDRM boleh membuka kertas siasatan dan melihat keadaan sebenar.
"Kalau seandainya orang yang berbuat demikian melakukannya secara terang dan jelas tanpa ada perasaan dan hanya untuk menyeronokkan telinga pendengar, satu tindakan perlu diambil dan tindakan ini perlu menjadi pengajaran kepada semua.
"Ini bukan kali pertama ia berlaku, banyak ahli politik menggunakan nama sultan, nama pemimpin, menghina dan sebagainya tetapi lepas begitu sahaja selepas minta maaf," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, pemimpin berkenaan juga tidak akan meminta maaf seandainya isu itu tidak viral di media sosial.
"Kalau tidak viral, dia akan rasa tidak bersalah, santai dan tanpa rasa keberkesanan undang-undang itu sendiri.
"Tindakan ini perbuatan yang tidak profesional dan seharusnya tindakan wajar perlu dikenakan dalam isu sebegini," katanya.
Sebelum ini, Mahfuz dalam ceramahnya, mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.
Klip video ceramah Mahfuz bersama Pakatan Harapan berdurasi 6 minit 38 saat itu tersebar di laman media sosial.
Wan Syamsul Amly
Fri Jan 19 2018

ISMAIL: Sangat keterlaluan apabila mengaitkan institusi diraja di dalam kempen politik terutama melibatkan unsur fitnah dan cacian. - Gambar masscomm.uitm.edu.my

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

BN nafi keluar kenyataan tidak benar empat individu tampil di PRK Nenggiri
BN berkata kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.

Ceramah tumpuan malam kemuncak piket solidariti Palestin
Selain ceramah, antara pengisian lain ialah persembahan muzik dan pameran gegantung mempamerkan sejarah penindasan Israel.

PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi
Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan dibuat semasa ceramah pada 22 Sept lepas.

PRN: Dihalau dari ceramah PN, Dominic tak kecil hati
Dominic Lau tidak berkecil hati terhadap insiden yang menimpa dirinya itu selepas dihalau daripada menghadiri ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Permatang Sungai Dua.

PRN: 'Jangan sentuh 3R, mohon permit sebelum ceramah, kempen, walkabout' - KPN
Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua parti politik agar memohon permit sebelum mengadakan sebarang kempen, ceramah mahupun walkabout.

PRN: Elak ceramah politik bangkitkan kemarahan, kebencian - Ahli akademik
Semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian.

Jangan jadikan masjid, surau di Negeri Sembilan pentas ceramah politik - MB
Ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.

Jakim siasat pegawai didakwa hentam kerajaan
Jakim telah memanggil pegawainya untuk siasatan lanjut susulan penularan sebuah klip video ceramah yang berbaur kebencian.

Wakil rakyat ada tauliah dilarang ceramah di masjid, surau di Perak
Larangan itu selaras dengan titah Sultan Perak mengenai larangan terhadap orang politik.