Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa anggota parti itu supaya tidak mencetuskan ‘huru-hara’ sebaliknya menerima kepulangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kembali menerajui UMNO.
Najib berkata, jika ada ahli UMNO yang tidak gembira dengan kehadiran semula Ahmad Zahid, mereka perlu menunggu sehingga bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghabiskan mandatnya selama tiga tahun.
“Beliau balik sebagai presiden sebab dia ada mandat sampai tiga tahun. Kita terima dan kalau kita tidak suka, kita tunggu tiga tahun.
BACA: Zahid kembali sebagai Presiden UMNO
“Tetapi jangan buat huru-hara dalam parti. Jangan ada kem dalam parti,” katanya ketika berucap semasa melancarkan Mesyuarat UMNO Setiawangsa hari ini.
Beliau turut menggesa ahli UMNO agar bersatu demi rakyat Malaysia dan memberi perhatian kepada isu rakyat, bukannya soal dalaman parti.
"Kita nak berkuasa balik kan? Buatlah cara nak berkuasa balik, jangan bergaduh saja," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, kerjasama UMNO dengan Pas disifatkan sebagai senjata ampuh untuk menewaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Kalau esok parlimen dibubarkan, Barisan Nasional dengan kerjasama Pas boleh tubuh kerajaan baharu. Inilah antara senjata yang ampuh.
"Inilah perpaduan Melayu-Islam sejati yang akan menentukan masa depan kita," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya saranan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengajak semua parti politik Melayu bergabung bersama Bersatu, Najib berkata, parti komponen PH perlu menjawab isu itu terlebih dahulu.
“Elok kita tunggu dulu rakan-rakan dia dalam PH iaitu PKR, Amanah dan DAP komen dahulu. Lepas itu UMNO akan komen,” katanya.
Sinar Harian
Sat Jul 06 2019

Najib berkata, jika ada ahli UMNO yang tidak gembira dengan kehadiran semula Ahmad Zahid, mereka perlu menunggu sehingga bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghabiskan mandatnya selama tiga tahun. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Kalau ada kereta terbang lagi cepat saya tiba' - Najib
Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata, kehadirannya ke Kimanis akan lebih cepat sekiranya mempunyai kereta terbang.

Najib persoal mengapa akaun UMNO masih dibekukan
Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih lagi membekukan akaun UMNO dan harta milik parti itu.

Najib tidak turun berkempen PRK, mahu rehat
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan turun berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) Balakong dan Seri Setia nanti.

'UMNO macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri' - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyarankan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'faham-faham sendiri' bila masa beliau perlu jarakkan diri daripada UMNO.