Semua pemimpin parti politik dinasihatkan mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih memberikan keutamaan kepada parti dalam kesibukannya mentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Wan Aziah, setiap pemimpin parti politik perlu mengutamakan perkara-perkara melibatkan parti masing-masing dalam kesibukan menjalankan tugas untuk negara.
"Kalau kita lihat sebagai satu rujukan atau contoh perdana menteri sendiri yang telah berpengalaman selama 22 tahun dan sekarang ni sekali lagi memegang teraju, masih lagi memberikan ruang untuk hal parti.
"Sebab kita naik kerana parti, jadi bagus kalau kita kuatkan parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam bersama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI) di Pusat Konvensyen Setia City, pada Selasa.
Beliau diminta mengulas tentang sikap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat PKR sejak November lepas.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, Mohamed Azmin tidak hadir ke mesyuarat MPP dan mesyuarat Biro Politik parti itu sejak pemilihan parti pada November 2018 dan tidak menyatakan sebab atas ketidakhadirannya.
Baru-baru ini, Mohamed Azmin juga tidak hadir ke pemukiman PKR yang diadakan di Port Dickson dan beliau dijadual menyampaikan ucapan pada program tersebut.
Mengulas mengenai pergeseran dalam PKR yang dibimbangi banyak pihak boleh memusnah parti, Wan Azizah berkata setiap parti akan berdepan cabaran tersendiri.
"Kita ada sedikit masalah dengan disiplin, tetapi kita sudah berdepan cabaran sebelum ini terutama ketika presiden dalam penjara.
"Ada ketika tiada siapa yang rasa kita akan berjaya. Kita dikatakan parti nyamuk," katanya lagi.
Jelas beliau, setiap masalah dan cabaran yang dihadapi akan membuatkan PKR bertambah matang dan kuat.
Irwan Muhammad Zain
Tue Jul 30 2019
Wan Azizah nasihatkan agar sikap Dr Mahathir yang masih mengutamakan urusan parti dijadikan contoh. - Gambar fail
ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global
ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang.
ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas
ICC masih tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa tokoh utama Palestin dan Israel.
Ibu rayu selamatkan anak gadis jadi mangsa sindiket di Myanmar
Risdawati berharap pihak berkuasa dapat campur tangan untuk menyelamatkan serta membawa pulang anaknya.
Kais Saied kekal Presiden Tunisia
Presiden Tunisia, Kais Saied, telah memenangi penggal kedua dalam pilihan raya dengan 90.69% undi, menurut suruhanjaya pilihan raya pada Isnin.
Kadar keluar mengundi pada Ahad adalah 28.8%, di mana Saied berhadapan dengan dua pesaing: bekas sekutunya, Ketua Parti Chaab, Zouhair Maghzaoui, dan Ayachi Zammel, yang dipenjarakan bulan lalu.
Kadar keluar mengundi pada Ahad adalah 28.8%, di mana Saied berhadapan dengan dua pesaing: bekas sekutunya, Ketua Parti Chaab, Zouhair Maghzaoui, dan Ayachi Zammel, yang dipenjarakan bulan lalu.
Rangkaian jenayah Asia Tenggara berkembang pesat di Telegram
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan rangkaian jenayah berkuasa di Asia Tenggara menggunakan aplikasi Telegram secara meluas, membolehkan perubahan asas dalam cara jenayah terancang menjalankan aktiviti haram berskala besar.
ASEAN perlu main peranan penting tamatkan krisis - PM Thai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata, blok serantau ASEAN mesti memainkan peranan penting dalam menamatkan perang saudara yang berlarutan di Myanmar.
UMNO komited perkukuh parti - Ahmad Zahid
UMNO komited memperkukuhkan parti serta mengekalkan kerjasama baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menyatakan dalam hantaran Facebook malam ini bahawa perpaduan merupakan kunci kekuatan untuk parti menghadapi cabaran mendatang.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menyatakan dalam hantaran Facebook malam ini bahawa perpaduan merupakan kunci kekuatan untuk parti menghadapi cabaran mendatang.
Menteri Israel ke AS bincang persiapan serang Iran
Lawatan tersebut akan memberi tumpuan kepada Iran dan bertujuan menyelaraskan usaha keselamatan dengan AS.
Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Houthis yang bersekutu dengan Iran di Yaman melepaskan dua peluru berpandu ke arah Jaffa, sebuah bandar di tengah Israel, pada Isnin.
PM Anwar jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama
Perdana Menteri menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi itu di Kementerian Kewangan hari ini.
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN akan memfokuskan kepada beberapa isu utama antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
Isu Myanmar, Laut China Selatan dijangka latari Sidang Kemuncak ASEAN
Bertemakan ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience, pastinya isu-isu yang melatari blok ini akan menjadi fokus utama kesemua pemimpin.
Kerajaan komited pastikan negara berkembang maju - PM Anwar
Kerajaan terus mengamalkan semangat keterbukaan dan kesediaan untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan sentiasa menolak sempadan kemungkinan.
Mengecap kemajuan: Hala tuju Malaysia dalam mengubah kemungkinan kepada realiti
Ucapan Perdana Menteri pada di Forum Megatrends Khazanah 2024.
Malaysia sudah bersedia jadi Pengerusi ASEAN 2025 - PM Anwar
Malaysia bersedia untuk memimpin dengan visi perpaduan, keterangkuman dan kerjasama, tegas Perdana Menteri.
Penyasaran subsidi supaya negara tidak bankrap, bukan mahu bebankan rakyat - PM Anwar
Anwar berkata tindakan melaksanakan pelarasan tarif elektrik dan apungan harga barangan keperluan tertentu bukan untuk menyusahkan rakyat.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
Pakistan, Bangladesh kagum dengan keamanan Malaysia di sebalik kepelbagaian agama - PM Anwar
Pakistan dan Bangladesh memberikan penghormatan yang tinggi kepada Malaysia kerana mampu mengekalkan keamanan walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama.