Kelantangan ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mengkritik tindakan yang dikenakan terhadapnya dan juga kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendapat reaksi tegas daripada Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Jestin Raj Savarimuthu.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ketua AMK Cabang Kota Raja itu, niat sebenar Chegubard dipertikaikan terutamanya selepas melontar tuduhan yang tidak berasas berhubung isu surat sokongan dalam pelantikan Menteri Besar selain memalukan nama Parti Keadilan Rakyat.
"Ingin saya nyatakan bahawa apa-apa pun urusan berkaitan perlantikan Menteri Besar adalah isu dalaman parti yang telah diselesaikan secara wajar dan Menteri Besar yang baru telahpun mendapat restu dari Ketua Umum dan President PKR.
"Chegubard tidak seharusnya memanjangkan lagi isu ini dengan membawa masuk isu Surat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration atas nama Dr Xavier Jayakumar," ujarnya yang menambah, Naib Presiden PKR itu telah menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan surat Akuan Sumpah itu adalah palsu dan tandatangan itu bukan milik beliau.
Menurut Jestin, Xavier telahpun membuat laporan polis terhadap Surat Akuan Sumpah palsu pada 16 September 2014, walaupun Chegubard mengatakan tiada laporan polis sehingga kini.
"Saya juga secara keras menyangkal tuduhan Chegubard dengan mengaitkan Azmin dalam tuduhan ini dengan mengatakan 'orang Azmin' terlepas dari sebarang tindakan disiplin.
"Yang lebih penting adalah kita semua menyambut saranan Menteri Besar untuk menghentikan segala politiking kepartian sempit sebaliknya fokus kepada kerja membangunkan Selangor," ujarnya.
Tambah Jestin, rakyat sudah mual dengan segala isu sensasi politik yang sebenarnya tidak memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. Lebih-lebih lagi apabila isu itu cuba dicetuskan oleh seorang ahli politik yang bukan Ahli Dewan Negeri dan juga bukan Ahli Parlimen yg dipilih rakyat.
"Saya minta Pimpinan PKR, khususnya lembaga disiplin untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Chegubard dan ahli-ahli parti yang ingkar Perlembagaan Parti," tegas Jestin.
Astro Awani
Sat Nov 22 2014
![Chegubard wajib hentikan sandiwara, kata Exco AMK Chegubard wajib hentikan sandiwara, kata Exco AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51414058187_295x200.jpg)
Chegubard (gambar) lantang mengkritik tindakan yang dikenakan terhadapnya dan juga kepimpinan Mohamed Azmin sebagai MB Selangor. - Gambar fail
![Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721555057_tbNurFarahKartini.jpg)
Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini
Polis masih lagi menunggu laporan penuh analisis bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah.
![Lelaki lemas di Pantai Batu Layar, seorang masih hilang Lelaki lemas di Pantai Batu Layar, seorang masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721557031_LelakilemasdiPant.jpg)
Lelaki lemas di Pantai Batu Layar, seorang masih hilang
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26, ditemui pada jam 3.19 petang.
Pyongyang cetus kemarahan Korea Selatan, Seoul beri amaran
Ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan terus meningkat susulan tindakan terbaharu Pyongyang yang menghantar belon berisi sampah ke sempadan negara itu.
Hanya rakyat Palestin boleh tentukan nasib Palestin - Pejabat Presiden
Kepresidenan Palestin pada Sabtu menegaskan bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah wakil sah tunggal rakyat Palestin dan memegang hak eksklusif untuk menentukan masa depan mereka.
Afrika Selatan sambut baik keputusan ICJ
Afrika Selatan menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpendapat kependudukan rejim Israel di wilayah Palestin sebagai haram.
''Saya tidak diberi amaran sebelum insiden berlaku'' - Trump
Calon Presiden Republikan, Donald Trump membuat pendedahan bahawa beliau tidak menerima sebarang amaran ketika berlakunya insiden tembakan yang menyasarkan dirinya ketika berucap dalam kempen di Pennsylvania minggu lalu.
Kebankrapan korporat di Jepun meningkat 22 peratus
Jumlah keseluruhan kebankrapan dari Januari hingga Jun mencecah 4,887, tertinggi sejak 2014, menurut laporan dalam talian terbaharu Teikoku Databank Jepun.
![Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721554096_Bangladesh.jpg)
Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia
Sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, talian komunikasi yang terhad dan risiko keselamatan yang tinggi susulan rusuhan ganas yang melanda Bangladesh antara perkara yang menghantui pelajar Malaysia.
Bekas banduan didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang bekas banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Ahad atas empat pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Buli Siber: Pasukan khas teliti pindaan kanun keseksaan, dijangka bentang Oktober
Pasukan khas melibatkan empat kementerian akan meneliti secara keseluruhan sebelum membuat pindaan kanun keseksaan bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
![Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715942833_AzminAli.jpg)
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
![Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716276606_AmirudinShari.jpg)
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
![Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715942100_AzminAli.jpg)
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
![Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018 Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715827234_SyedSaddiqbukuj.jpg)
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
![Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715424764_FaizalAzumu.jpg)
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714277700_TBazmin.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Bersatu Tanjong Karang digantung Bersatu Tanjong Karang digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712117819_PRIBUMI.jpg)
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939432_AmirudinShari.jpg)
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.