Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong hari ini mendakwa poster kempennya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah diconteng dengan cat hitam dan tertera perkataan 'bodoh'.
Beliau kesal ia berlaku dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak.
"Kami juga punya emosi dan penyokong kami sangat marah," katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal PRK Teluk Intan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Pada pengundian awal itu sebanyak 410 orang mengundi yang kebanyakannya anggota polis dan keluarga mereka.
"Bagi saya ini bukan budaya kita di Teluk Intan kerana setiap kali berlangsung pilihan raya sebelum ini keadaan ini tidak pernah berlaku," kata Mah yang bertanding di kawasan Teluk Intan sejak pilihan raya umum 1995, iaitu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar, sebelum bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada 1999 hingga ke hari ini.
Mah berkata sebelum ini posternya hanya diconteng dengan cat hitam, tetapi hari ini beliau mendapat ada perkataan 'bodoh'.
Beliau turut menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai yang memaklumkan kepadanya mengenai poster yang telah diconteng terutama di kawasan Jalan Sungai Nibong.
Mah berkata beliau sentiasa mengingatkan penyokongnya supaya berkempen dengan baik, malah poster calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak ada yang dirosakkan atau diconteng.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu provokasi, dan berharap ia dihentikan bagi memastikan kempen PRK berjalan dengan bersih dan lancar memandangkan pengundian Sabtu ini.
Menyentuh kritikan pembangkang terhadap manifesto yang dilancarkannya, Mah berkata manifesto itu mengambarkan apa yang telah dilakukannya semasa menjadi wakil rakyat Teluk Intan pada 1999 hingga 2008 dan apa yang akan diusahakan jika dipilih sebagai anggota Parlimen Teluk Intan.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya.
Bernama
Tue May 27 2014
Poster kempen yang diconteng dengan cat hitam.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.