Calon Bebas bagi Parlimen Pekan Datuk Paduka Abdul Kadir Sainuddin sedia dipecat PKR kerana meneruskan hasratnya bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ahli perniagaan itu berkata keputusannya bertanding di kubu kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat atas kehendak sendiri kerana mahu memberikan pilihan kepada pengundi di situ.
"Saya fikir tidak ada masalah jika dipecat pun daripada menjadi ahli PKR... tindakan saya (bertanding) adalah atas kehendak sendiri dan disokong penuh oleh rakan-rakan rapat.
"Ini adalah negara demokrasi dan semua yang mahu bertanding boleh berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Orang Asli Sungai Miang di sini, hari ini.
Abdul Kadir, yang berasal dari Tebrau, Johor, berkata keputusan bertanding di Parlimen Pekan adalah bagi 'mencuba nasib' sekali lagi selepas tewas pada pilihan raya umum lalu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili.
Pada masa itu, Abdul Kadir yang mewakili PKR tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rasman Ithnain yang mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18,127 undi.
"Saya percaya peluang dalam bidang politik masih ada dan PRU14 akan menjadi permulaan baharu bertapak dalam arena politik," katanya.
Mengulas mengenai pendekatan kempennya, Abdul Kadir berkata beliau menggunakan sepenuhnya media sosial seperti Facebook dan WhatsApp untuk mendekati pengundi.
Beliau turut bertemu pengundi dan menyampaikan bantuan seperti yang dilakukannya kepada 50 penduduk Orang Asli di Sungai Miang hari ini.
"Penerimaan mereka sangat baik dan saya percaya boleh memperoleh kira-kira 20 peratus undi daripada kumpulan yang masih di atas pagar.
"Walaupun saya bukan orang tempatan, rasanya ia bukanlah satu isu... saya percaya penduduk di sini boleh membuat keputusan siapa yang mereka mahu," katanya.
Kerusi Parlimen Pekan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Najib, Abdul Kadir serta calon PKR-PPBM Mohamad Zahid Md Arip dan calon PAS Kapten (B) Athiatudin Daud.
Najib menjadi wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Pekan sejak 1976.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018

Pekan bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru. - Astro AWANI/Israr Khalid
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Calon Bebas Pekan sedia dipecat PKR
Ahli perniagaan itu berkata keputusannya bertanding di kubu kuat Datuk Seri Najib dibuat atas kehendak sendiri kerana mahu memberikan pilihan kepada pengundi.