KUALA LUMPUR: Cadangan agar perbincangan dijalankan di antara UMNO dan Pas mengenai 27 kerusi kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang perlu diberi perhatian.
Jelas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, cadangan terbabit perlu dikaji secara rasmi oleh UMNO dan sebarang keputusan hanya akan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sekiranya mereka bersetuju.
"Itu satu cadangan yang perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku pertembungan di dalam kerusi kritikal, kalau berlaku pertembungan mungkin boleh memenangkan parti pembangkang.
"Pakatan Harapan (PH) akan dapat kelebihan jika ada pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pas. Ini satu cadangan saya rasa boleh diberi pertimbangan.
"Kalau kita dapat tahu kalau berlaku pertembungan, PH akan menang di kawasan itu, kenapa kita nak beri kemenangan percuma kepada mereka. Jadi boleh kita kaji dari segi cadangan itu," katanya ketika mengulas mengenai cadangan terbabit daripada daripada Pas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Edisi ke-18, MIHAS 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarbangsa (MITEC) di ibu negara pada Khamis.
Bagaimanapun tegas Ismail Sabri, apa sahaja keputusan hanya akan dibuat secara rasmi oleh parti.
"Tapi apa-apa keputusan parti mesti diputus dalam mesyuarat MKT, MKT perlu bincang dan kalau bersetuju boleh melantik wakil mengadakan rundingan
"Bagi saya apa sahaja rundingan mesti dilakukan secara rasmi dan diputuskan oleh parti melalui MKT," katanya lagi.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan memaklumkan parti itu terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung 27 kerusi kritikal menjelang PRU15 akan datang.
Jelasnya, kesemua kerusi terbabit telah dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu.
Fareez Azman
Thu Sep 08 2022
![Cadangan rundingan 27 kerusi kritikal UMNO dan Pas perlu diberi perhatian - Ismail Sabri Cadangan rundingan 27 kerusi kritikal UMNO dan Pas perlu diberi perhatian - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636267067_UmnoPas.jpg)
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan memaklumkan parti itu terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung 27 kerusi kritikal menjelang PRU15 akan datang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682997372_KBS.jpg)
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
![Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677755148_PengerusiUMNOPahan.jpg)
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
![PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673703699_IsmailSabriYaakob.jpg)
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
![Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662992203_SPRMMDBrasuah.jpg)
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
![PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668160976_ISMAIL.jpg)
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
![NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664517153_UNGAPM.jpg)
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
![Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667810705_MashUp.jpg)
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
![PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667131533_IsmailSabri.jpg)
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
![PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667030574_IsmailSabri.jpg)
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
![PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665387922_WeeKaSiongSAVig.jpg)
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).