SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup'.
Menurutnya, Tony Pua disarankan untuk memberi cadangan kepada pemimpin parti DAP supaya meninggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya parti itu dilihat terlalu korup.
"Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin parti tinggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan.
"Saya 'ok' sahaja jadi pembangkang. Jika tidak kerana titah Yang di-Pertuan Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari.
"Kamu sedia jadi pembangkang?" katanya di Facebook pada Jumaat.
Pada Jumaat, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.
Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.
Tony Pua juga menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan berkenaan tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam PRU akan datang.
Mengulas lanjut, Isham berkata beliau terpanggil untuk menjawab isu tersebut apabila ada individu yang memetik nama UMNO selain memburuk-burukkan partinya.
"Saya ingin katakan satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Bos kamu di Kementerian Kewangan dahulu pun ada kes korup di mahkamah apabila dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara.
"Malah kawan-kawan parti kamu semasa jadi kerajaan 22 bulan dahulu apabila ada dakwaan kes korup terus lompat parti masuk Perikatan Nasional atau Bersatu dan tiba-tiba jadi 'bersih'.
"Oleh itu bahagian mana yang kamu atau parti kamu itu bersih berbanding UMNO yang kamu katakan korup?" soal beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 24 2023

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional sebagai 'pakatan korup'. - Gambar SINAR HARIAN
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Asyraf Wajdi desak DAP jangan calonkan Tony Pua pada PRN
UMNO hantar mesej protes pada DAP susulan kenyataan Tony Pua kecam Barisan Nasional sebagai pakatan yang korup.

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke
Tindakan Tony Pua kecam Barisan Nasional dibuat atas kapasiti individu.

'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham
Isham Jalil bidas Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional sebagai 'pakatan korup'.