Bertanding dalam suasana adik-beradik, ikhlas berjuang untuk parti dan tidak berdendam dapat memastikan calon-calon yang bertembung di peringkat cabang pada pemilihan PKR akan datang, kekal bersatu.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata ramai calon menawarkan diri untuk bertanding di peringkat cabang khususnya di Negeri Sembilan dan ia merupakan petanda baik dalam demokrasi namun mereka yang kalah harus kekal bersatu dalam parti demi memastikan parti terus kukuh.
"Kalau pemilihan yang lepas tidak ramai yang bertanding di peringkat cabang untuk Negeri Sembilan kerana dahulu kita belum menang tetapi hari ini kita sudah menang maka ramai yang bertanding.
"Apapun bertandinglah dalam suasana adik-beradik dan demi sayang kita pada parti dan ikhlas maka menang kalah berapa penjuru sekalipun, lepas itu kita akan berpeluk balik kerana kita tidak terluka...
"Yang jadi masalah kalau bertanding secara kasar, potong memotong dan guna wang, kita akan terluka," katanya pada sesi debat dalam program Penerangan Reformasi 20 tahun di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Menteri Besar Aminuddin Harun.
Rafizi, calon Timbalan Presiden PKR berkata apa yang penting adalah untuk menjaga parti dan tawarkan khidmat kepada masyarakat dan memegang teguh pada ideologi bahawa kita masuk parti Keadilan (PKR) untuk membawa perubahan lebih baik kepada rakyat.
"Jika kita mampu laksanakan ini (kalah tetap bersatu) maka pertembungan yang berlaku di peringkat cabang di negeri ini akan menjadi kekuatan buat parti dan menjadi contoh kepada negeri lain sekali gus kekal menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Pada pemilihan PKR kali ini, jawatan Ketua Cabang PKR Rembau menyaksikan pertembungan lima penjuru.
Sementara itu, Fuziah, calon Ketua Wanita PKR, dalam sesi debat menzahirkan harapannya untuk membina wanita progresif dan menarik seramai mana wanita muda dan wanita profesional serta melatih mereka agar hasrat 30 peratus penyertaan wanita di semua peringkat pembuat dasar dan keputusan, dapat dizahirkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
RAFIZI: Apapun bertandinglah dalam suasana adik-beradik dan demi sayang kita pada parti.
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Kes bunuh pelajar vokasional: Rakan lihat kesan calar, lebam pada badan mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat kesan calar dan lebam pada belakang badan rakannya yang ditemukan mati pada 22 Mac lepas.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Kalau sayang PH, undilah Pas" - Dr Halimah
Calon Pas tersebut berkata, undi itu adalah untuk memastikan Pas boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor.
Bertanding dalam suasana adik-beradik, elak dendam - Rafizi
Apa yang penting adalah untuk menjaga parti dan tawarkan khidmat kepada masyarakat dan memegang teguh pada ideologi parti.
PPBM Terengganu umum senarai calon
PPBM Terengganu umumkan senarai calon yang dibarisi muka baharu untuk bertanding pada PRU14 nanti.