Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi gambaran akan meletakkan calon tempatan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal diadakan pada bulan hadapan.
Anggota Majlis Tertingginya, Abu Bakar Yahya berkata parti berkenaan mahu memilih calon yang kenal dengan masyarakat tempatan dan boleh turun padang pada bila-bila masa.
"Sebaik-baiknya biarlah calon tempatan yang sedia kenal dengan masyarakat di sana, calon ini jika menang dia akan jadi wakil rakyat, kena selalu turun padang, jika wakil rakyat duduk sahaja di rumah susahlah kita," katanya ketika diminta mengulas sama ada Bersatu sudah muktamadkan senarai calon bagi PRK DUN Semenyih.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Piala Perdana Menteri Ketujuh yang julung-julung kali diadakan di sini hari ini.
Sejumlah 64 pasukan dari seluruh Selangor bertanding dalam kejohanan selama lima hari yang bermula hari ini.
Dalam pada itu Abu Bakar turut menasihati individu yang melobi untuk menjadi calon di PRK berkenaan agar tidak memberontak jika tidak dipilih.
"Bersatu Selangor diberi hak untuk mengemukakan senarai calon, bagaimanapun pimpinan pusat yang akan memilih calon yang sesuai, jadi mereka yang tidak terpilih nanti perlulah menyokong dan bekerjasama untuk memenangkan parti di PRK nanti.
"Perjuangan parti perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi," katanya.
PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac dan penamaan calon ditetapkan pada 16 Feb, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb.
PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham Bakhtiar, mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperoleh 23,428 undi menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 19 2019
Abu Bakar Yahya (berdiri lima, kanan) bergambar bersama piala pusingan dan para peserta selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Super Selangor Piala Perdana Menteri Ketujuh di Dewan Bola Tampar MBSA hari ini. - Foto BERNAMA
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Sarawak kukuhkan kedudukan selaku peneraju teknologi hidrogen
Penganalisis berkata, ini dapat dilihat menerusi sembilan projek utama yang sedang dalam pembangunan di negeri tersebut.
PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal
Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa PETROS akan memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan petronas setelah diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di wilayah itu.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
Tak salah beri jawatan kepada orang yang kerja keras menangkan parti - Tun M
Amat kecewa orang yang bekerja bertungkus-lumus untuk memenangkan Pakatan Harapan, tetapi tidak boleh dilantik walaupun mereka berkelayakan
Isu pengusiran penduduk PPR akan selesai cara baik secepat mungkin - Wakil PM
Kedua-dua isu itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat dan dibimbangi akan menimbulkan suasana tidak harmoni.
Tarik balik saman Sarawak Report, pemimpin Pas didesak dedah perkara sebenar
Setiausaha Politik Perdana Menteri itu berkata keputusan yang dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sangat pelik.
Bersatu beri gambaran letak calon tempatan di PRK DUN Semenyih
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi gambaran akan meletakkan calon tempatan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal diadakan pada bulan hadapan.
Jangan polemik isu beri kontrak kepada ketua bahagian - Abu Bakar
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, cadangan tersebut hanya pandangan peribadi dan bukan satu keputusan atau ketetapan yang dipersetujui sebulat suara parti itu.
Orang Melayu dan Bumiputera disaran kukuh bersatu demi masa hadapan
anpa penyatuan dan kebersamaan adalah mustahil perubahan serta kemajuan bangsa terbabit dapat dicapai serta selari dengan kaum lain di negara ini.