KUALA LUMPUR: Berbaik dengan PKR tidak merugikan UMNO kerana kedua-duanya adalah parti yang masih percaya kepada kepimpinan Melayu bagi sebuah negara pelbagai etnik.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo menegaskan, suasana yang berbeza ini mendorong UMNO untuk memikirkan strategi yang boleh menguntungkan parti itu.
"Kerjasama UMNO, PKR saya kira bukan satu di luar dugaan. Kalau diteliti Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah yang diangkat menjadi Ketua Pemuda satu ketika dahulu pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO.
"Inilah yang dikatakan 'budimu tuan dikenang jua'. Hubungan yang sebegini saya kira gagal difahami oleh ramai penganalisis politik terutama penganalisis barat bila mengkaji Malaysia kerana persoalan akal budi orang Melayu dan adat serta adab yang selalu terlepas pandang.
"Tambahan pula dalam keadaan realiti UMNO rasa hilang punca bila membentuk kerajaan bersama parti serpihan UMNO iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Suatu ketika dahulu kerajaan itu UMNO dan UMNO itu kerajaan, atau parti itu ialah kerajaan," katanya semasa dihubungi pada Selasa.
BACA: Rundingan PKR dengan UMNO? Saya tidak tahu - Mohamad Hasan
BACA: Lupakan niat mahu kerjasama dengan Anwar - Pemuda UMNO Johor
Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tidak tahu-menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Malah ujarnya, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan.
Dalam pada itu, Dr Kartini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kerjasama UMNO, PKR ini akan bertahan.
"Masalah yang paling meruncing ialah DAP sebab jelas sekali UMNO menolak DAP dan pengisytiharan beberapa ahli PKR yang menyertai Bersatu baru-baru ini akan mencakna kerapuhan kerjasama UMNO, PKR dalam jangka masa panjang," ujarnya.
Sebelum ini, tiga Ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Julau), Steven Choong (Tebrau) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat) mengumumkan keluar daripada parti itu.
Astro Awani
Tue Mar 16 2021
Dr Kartini turut menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kerjasama UMNO, PKR ini akan bertahan. - UKM
Dominasi AS di lautan dengan kapal pengangkut pesawat
Selepas 14 tahun, kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, Uss Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada November lepas, bagi tujuan lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing
Sebanyak empat lubang benam (sinkhole) dikesan berlaku di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan setakat ini.
Apple tidak pernah rancang pelan berbayar untuk Apple Intelligence
Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir akan dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batalkan polisi insurans
Kenaikan kos rawatan hospital swasta berpotensi memberi ancaman kepada sistem kesihatan awam sedia ada susulan peralihan golongan pertengahan M40 yang membatalkan polisi insurans akibat kenaikan harga premium insurans.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Pengangkutan awam: Koc wanita diperluas ke laluan Ampang/Sri Petaling
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melaksanakan inisiatif koc wanita di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember 2024.
[TERKINI] Kes CEO GISB, 21 ahli dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Wartawan Astro AWANI melaporkan secara langsung kes 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali yang dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang Oktober lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagaimana diputuskan Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - MP Bayan Baru
Kerajaan perlu menggubal akta khusus untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
EPL: Di mana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.