KULAI: Belum ada perbincangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, kata Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.
Menurutnya, sehingga kini Pakatan Harapan (PH) masih kekal sebagai pengimbang bagi kerajaan negeri yang berperanan sebagai semak dan imbang untuk pentadbiran di Johor.
"Saya rasa memang ada cadangan tersebut tetapi ia terbuka kerana setakat ini, kerjasama semakin rapat dan ini yang paling penting," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan khemah kepada peniaga Pasar Pagi Merbau, Bandar Putra di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lepas, BN mencatat kemenangan dua pertiga apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendapat 10 dan tiga kerusi.
Sementara itu, Teo yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP mencadangkan supaya Sekretariat Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di peringkat negeri memandangkan PH dan BN dilihat semakin serasi yang jelas dilihat ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram baru-baru ini.
Beliau berkata penubuhan sekretariat seperti itu di peringkat negeri dan Parlimen wajar bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada rakyat serta merapatkan lagi kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Teo Nie Ching (tengah) ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan khemah kepada Peniaga Pasar Pagi Merbau di Bandar Putra hari ini. - Foto Bernama
Laporan Ketua Audit Negara dicadang dibahas peringkat DUN
Kerajaan negeri dicadang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ASEAN Centrality amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.
Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental
Menurut Pakar Psikologi Klinikal, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Hanisa Begam Najib Mohammad tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem seperti mengamalkan diet tidak sihat untuk kelihatan lebih ideal.
Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
Pemuda orang kurang upaya (OKU) yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyenpada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

Masjid, surau di Perak disaran utamakan imam tempatan untuk solat tarawih
Masjid dan surau di Perak amat digalakkan supaya mengutamakan imam tempatan walaupun lazimnya terdapat imam asing termasuk dari Arab Saudi yang dijemput untuk mengimamkan solat tarawih.

PAC syor LHDN lapor status e-invois, permudah pembayar cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaporkan status pelaksanaan e-Invois agar kaedah ini dipermudahkan kepada pembayar cukai dan pada masa yang sa

Kumpulan ketujuh dan terakhir tahanan Palestin dibebaskan
Pembebasan ini melibatkan tahanan yang dihantar ke Ramallah, Baitulmaqdis, Gaza, dan beberapa negara lain, termasuk 45 wanita dan kanak-kanak.

Kadar zakat fitrah di Perak lebih tinggi, ini penjelasan MAIPk
Kadar zakat fitrah di Perak bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada kadar lebih tinggi daripada kebiasaan iaitu RM10, RM16, dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Pekerja kebun sirih didakwa pandu kereta secara berbahaya
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

ASEAN perlu ketepikan dasar perlindungan perdagangan untuk hadapi cabaran global
Negara-negara anggota ASEAN digesa mengurangkan dasar perlindungan perdagangan bagi menjayakan integrasi ekonomi dan perjanjian perdagangan baharu.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Belum ada perbincangan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor - Teo
Belum ada perbincangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, kata Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.