KAPIT: UMNO sentiasa membuka pintu kepada bekas ahlinya untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) walaupun bukan sebagai perwakilan.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.
"Siapa-siapa nak datang ahli yang bukan perwakilan atau bekas ahli-ahli (UMNO) yang mahu (datang), atau kerinduan mereka terhadap perhimpunan agung ini, sila datang. (Mereka) yang dari lain-lain parti juga boleh datang.
"Kita harapkan PAU 2023 ini adalah suatu titik permulaan bagi kita untuk menyelesaikan permasalahan atau isu yang ada sekarang ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri rumah terbuka sambutan Hari Gawai di sini pada Sabtu.
Semalam, Astro AWANI melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara berseloroh 'mengajak' mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui kain samping UMNO mereka pada PAU 2023, yang dijadual pada 7 Jun hingga 10 Jun ini.
UMNO sebelum ini memecat beberapa ahlinya termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.
Selain itu, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menghadiri PAU 2023 pada 9 Jun.
Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Abang Johari ketika sesi pertemuan di kediaman Premier Sarawak itu di Kuching, pagi tadi.
Astro Awani
Sat Jun 03 2023
Ahmad Zahid berkata, bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung. -Gambar fail/Bernama
Variasi 'raja buah' banjiri kuching, harga mampu beli
Musim durian di Sarawak kali ini cukup meriah kerana bekalannya cukup banyak dan harganya pula murah malah ada yang dijual RM1 sebiji.
Menghormati perlembagaan, hormati TYT
Dr Romzi Ationg, Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Gear pendaratan gagal berfungsi, pesawat Air Canada terbabas, terbakar
Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Amanah Sabah gesa hormat TYT sebagai simbol negeri
Tindakan penyiaran karikatur yang menghina Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bukan sahaja mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap simbol negeri tetapi juga berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah.
Peragut maut rempuh kem PGA Batu Kawa
Seorang lelaki maut gara-gara merempuh pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa sejurus selepas meragut beg tangan wanita sarat mengandung yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.
Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu, selain memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
Bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.
Nahas Jeju Air: Dua kotak hitam pesawat sudah ditemukan
Data penerbangan dan rakaman suara telah diperoleh bagi membolehkan mereka mengenal pasti punca sebenar nahas.
Fokus Minggu Depan: Kemalangan lori: Tingkat kesedaran, perkasa penguatkuasaan
Prof Madya Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia
Tak tarik brek sempurna punca lori mengundur sendiri
Punca kejadian adalah disebabkan pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna dan keadaan jalan yang berbukit.
[KOLUMNIS] UMNO mesti kekal relevan
PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) yang baru berakhir ini mungkin merupakan antara PAU yang paling penting dalam sejarah penubuhan UMNO.
PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.
PAU2023: 'Tiada isu Pemuda UMNO nak boikot Presiden' - Dr Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan sayap parti itu tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran kelantangannya mengenai beberapa isu.
PAU2023: Kenal pasti calon lebih awal, UMNO dalam kedudukan kalah - Johari Abdul
UMNO perlu mengenal pasti calon bagi pilihan raya lebih awal bagi memastikan persiapan yang rapi dapat dilakukan.
PAU2023: UMNO jamin terus perjuang kebajikan pekerja gig - Ahmad Zahid
UMNO berjanji akan terus memperjuang kebajikan dan hak pekerja sektor ekonomi gig di seluruh negara.
'Saya tak masuk campur soal pengampunan Najib' - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak mencampuri urusan rayuan pengampunan suaminya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
PAU2023: Elak keretakan, tiada salahnya DAP mohon maaf kepada UMNO - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan tetap dengan pendirian mempertahankan tuntutan Pemuda UMNO supaya DAP memohon maaf secara terbuka kepada parti itu, dengan manyifatkan ia sebagai satu cadangan baik.
PAU2023: Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib
Ahmad Zahid kelihatan sebak dan berkata kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa perkara yang dikatakan tersebut adalah tulen.
PAU 2023: "Kita mahu keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak!" - Zahid Hamidi
Biarpun kelibatnya tiada, namun, nama Datuk Seri Najib Razak dan laungan "Bossku" tetap bergema di Dewan Merdeka.
PAU 2023: "Mana pergi RUU355?" - Zahid Hamidi
Presiden UMNO persoal pendirian segelintir pihak berhubung agenda Rang Undang-Undang 355 yang pernah dibangkitkan sebelum ini.