KOTA KINABALU:Beberapa lagi portfolio menteri Kabinet Sabah dijangka dapat diumumkan minggu ini dengan majlis angkat sumpah dirancang pada Khamis, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau berkata, senarai ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dicalonkan untuk diangkat memegang beberapa portfolio menteri sudah diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
"Senarai tersebut melibatkan senarai daripada parti-parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Untuk Barisan Nasional (BN) kita telah serahkan dan kita mungkin akan ketahui portfolio menteri-menteri esok kerana jangkaan majlis angkat sumpah adalah pada Khamis ini.
"Apa pun semua itu termasuk tarikh angkat sumpah perlu mendapat perkenan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin," Katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Mengulas perkembangan semasa banjir yang melibatkan beberapa daerah di negeri itu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menjelaskan beliau akan melakukan tinjauan di kawasan terjejas esok.
"Saya akan melawat kawasan-kawasan terjejas termasuk di kawasan jambatan runtuh.
"Isu jambatan runtuh di Kampung Melangkap, saya ingin maklumkan bahawa jambatan ini masih lagi dalam seliaan kontraktor.
"Justeru itu saya meminta orang ramai jangan terlalu bimbang kerana kontraktor akan melakukan kerja baik pulih jambatan dengan segera demi keselesaan penduduk dan pengguna," katanya.
Sehingga jam 4 petang Selasa, 341 orang mangsa banjir ditempatkan di enam buah pusat pemindahan sementara di kawasan terjejas banjir di Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Oct 06 2020
Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah akan melakukan tinjauan di kawasan terjejas banjir esok. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Pemulihan pembuatan kekal utuh walaupun pertumbuhan IPP Malaysia perlahan pada Mac
Walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada Mac berbanding 3.1 peratus pada Februari, ia melepasi jangkaan dengan pemulihan dalam pembuatan kekal utuh.
Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Kuwait umumkan Kabinet baharu
Dekri Amir Kuwait dikeluarkan pada petang Ahad, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
[TERKINI] Pembangunan kasino di Forest City adalah fitnah - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi menegaskan dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino adalah fitnah liar dan tidak benar.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.