Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yakin Perlis mampu menyumbang semua tiga kerusi parlimennya kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, seperti yang diyakini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keyakinan itu katanya berdasarkan sokongan semasa rakyat terhadap UMNO dan BN selain jentera parti yang bergerak secara tersusun dan mantap.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keyakinan yang diluahkan oleh Najib selaku Presiden UMNO, bahawa Perlis mampu menang kesemua tiga kerusi parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, semasa berucap di depan kepimpinan akar umbi pada Isnin lepas.
Azlan ditemui pemberita selepas menyampaikan zakat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang, di sini hari ini.
Pada majlis itu, MADA memperuntukkan RM9,500 yang diagih kepada 185 penerima. Selain wang tunai, mereka turut menerima sumbangan beras dan hamper.
Mengulas lanjut, Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, berkata selain menyumbang tiga kerusi parlimen, BN Perlis turut menyasarkan untuk merampas semula dua kerusi DUN yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU lalu.
"Insya-Allah, selain dapat mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi pada PRU lepas, UMNO dan parti-parti komponen BN lain sedang berusaha menawan semula kerusi Indera Kayangan dan Sanglang," katanya.
Beliau juga menyifatkan kehadiran parti-parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara tidak menggugat BN Perlis.
"Pada mulanya mereka sangat yakin dengan agenda untuk menumbangkan BN tetapi akibat konflik perebutan jawatan, masing-masing telah melupakan agenda yang diperjuangkan. Ini menunjukan mereka tidak ikhlas dalam perjuangan untuk membawa kemajuan.
"Kita bagaimanapun tidak boleh berasa selesa dengan perkembangan yang berlaku dalam parti-parti ini akhir-akhir ini walaupun mereka tidak lagi sehaluan," kata Azlan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2017

AZLAN: Kehadiran parti-parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara tidak menggugat BN Perlis.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Azlan Man perlu bayar nafkah idah bekas isteri RM12,850
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini pada Rabu, memerintahkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man membayar nafkah idah kepada bekas isterinya, Sova Ali sebanyak RM12,850.

Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.

Bayaran batal percutian ke London dibuat kepada Azlan Man adalah salah - Saksi
Mohamad Azri Ahmad, 49, berkata beliau berasa pelik apabila bayaran bagi pembatalan percutian itu dipulangkan kepada Azlan.

Wang lebih RM200,000 batal percutian ke London pada 2016 masuk akaun peribadi Azlan Man - Saksi
Abdul Rahim Halim, 47, berkata pakej percutian yang bermula 23 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017 berjumlah RM253,195.40 dibayar oleh kerajaan negeri Perlis kepada syarikat agensi pelancongan itu sebelum ia d

Lebih RM400,000 wang syarikat pelancongan masuk akaun bank bekas MB Perlis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM447, 216.35 ke dalam dua akaun CIMB milik bekas Menteri Besar Perlis.

Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima tiga cek daripada sebuah syarikat pelancongan dari 2014 hingga 2016.

Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.

Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.

Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.