Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang pelik.
Ia selepas Anwar mengumumkan bahawa pihaknya kini sudah mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan yang baharu.
Tegas Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak, GPS akan terus memberikan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebelum ini semasa sambutan Hari Malaysia 2020 di Sibu, saya sudah menyatakan bahawa GPS akan terus memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya tidak tahu kenapa dia (Anwar) membuat pengumuman itu hari ini dan kita semua tahu Sabah akan menghadapi Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat, bagi saya dia ini pelik,” katanya ketika ditemui di Serian pada Rabu.
Tambahnya apa yang lebih mustahak ialah soal kepentingan negara dan ekonomi negara perlu kemballi distabilkan dalam tempoh dunia masih berperang dengan wabak COVID-19.
Sementara itu, Abang Johari turut menafikan bahawa GPS tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional (PN) susulan isu rundingan Cukai Jualan Negeri (SST) melibatkan Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Perjanjian Malaysia (MA63).
Malah kerajaan negeri di bawah kepimpinannya berpuas hati dengan bayaran yang dibuat Petronas dan ia selaras dengan jumlah lima peratus seperti yang ditetapkan.
“Kami gembira dengan bayaran yang dibuat pihak Petronas dan ia merupakan jumlah itu selari dengan taksiran yang dibuat oleh komptroler SST dan Petronas sudah menyatakan persetujuan,” tambahnya lagi.
Abang Johari berkata demikian semasa sidang media selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan SJK Chung Hua di Serian pada Rabu.
Syafik Shukri Jalil
Wed Sep 23 2020
![Anwar ini pelik - Abang Johari Anwar ini pelik - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81600849032_ABANGJOHARI.jpg)
Tegas Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak, GPS akan terus memberikan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. FOTO: Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739221824_KabelDasarLaut.jpg)
Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
![Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739181364_AbangJohari.jpg)
Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738979579_tbAbangJohariKuch.jpg)
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
![Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965729_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
![Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737576189_AbangJohari.jpg)
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
![Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738405792_AbangJohari.jpg)
Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.
![Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733663549_tbAbangJohari.jpg)
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
![Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735038456_AbangJohariTunOpe.jpg)
Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak
Sifat kebijaksanaan, gerak hati dan transformasi yang menjadi simbolik Tahun Ular menurut kalendar Cina, wajar dihayati oleh rakyat Sarawak untuk memacu agenda pembangunan negeri.
![Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737581219_TBabangjohari.jpg)
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.