KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak agar meneliti Perkara 2.1 dan 3.1 dalam dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan kekeliruan mengenai tarikh tamat MoU itu.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Annuar memuat naik beberapa salinan MoU yang ditandatangani pada 13 Sept 2021 sebagai penjelasan kepada kenyataan beliau baru-baru ini bahawa tiada tarikh tamat bagi MoU itu.
"Bagi yang suka menulis tetapi malas membaca, menyelidik atau yang mungkin sengaja mahu mengelirukan fakta, saya hantar dokumen rasmi atau salinan MoU antara kerajaan dan PH.
"Sila teliti perkara 2 dan perkara 3 MoU berkenaan. Saya adalah salah seorang yang mewakili kerajaan menandatangani MoU berkenaan," katanya.
Perkara 2.1 menyebut "Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14" manakala Perkara 3.1 memaklumkan "Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022".
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian bagi mengulas komen beberapa pemimpin UMNO yang mempertikaikan kenyataan beliau di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Sebelum ini media melaporkan Annuar memaklumkan tiada tarikh tamat tertentu berkaitan MoU itu mengenai sokongan pembangkang ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan Persekutuan dan PH pada September lepas menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan mendukung semangat Keluarga Malaysia yang mempunyai enam agenda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Annuar memuat naik beberapa salinan MoU yang ditandatangani pada 13 Sept 2021 sebagai penjelasan kepada kenyataan beliau baru-baru ini. - Gambar fail
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Annuar minta teliti Perkara 2 dan 3 MoU kerajaan, PH
Annuar memuat naik beberapa salinan MoU yang ditandatangani pada 13 Sept 2021 sebagai penjelasan.