Sifat hasad dengki menebal merupakan kelemahan orang Melayu yang perlu dihapuskan bagi memastikan perpaduan sentiasa kukuh terutamanya dalam kalangan anggota UMNO, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden UMNO itu berkata musuh politik UMNO melihat hasad dengki sebagai suatu kelemahan yang perlu diambil kesempatan dan mahu sifat itu berterusan malah lebih menebal.
"Sejarah memperlihatkan empayar dan tamadun Islam jatuh disebabkan berlakunya khianat, hasad dengki dan benci-membenci malah ada yang sanggup berkompromi dengan musuh.
"Khianat, hasad dengki dan benci-membenci ini akan kurangkan juga akan mengikis kekuatan, agama dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terutama kita ahli UMNO," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO; dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh merangkap Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Ahmad Zahid berkata ketentuan untuk meletakkan kedudukan seseorang itu adalah urusan Allah dan hamba-Nya tidak sepatutnya mempersoal ketentuan itu dengan mempunyai sifat hasad dengki.
"Kedudukan seseorang itu sangat jelas, kita boleh berusaha dan tawakal kepada Allah sebab qada dan qadar itu boleh ditukar dengan doa.
"Tetapi hakikatnya apabila seseorang diletakkan di tempatnya, sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri atau pusat, maka sokongan dan dokongan perlu diberi secara padu," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan perpecahan di kalangan anggota UMNO kerana menyokong pemimpin tertentu perlu ditamatkan serta-merta dan anggota UMNO di setiap peringkat perlu bersatu di bawah satu sokongan dengan menyokong satu kepimpinan.
Katanya sifat itu perlu dihapuskan segera kerana anggota UMNO sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berbalah sesama sendiri memandangkan pilihan raya umum ke-14 sudah semakin dekat bagi memastikan UMNO kekal memerintah bagi membela nasib rakyat.
Ahmad Zahid berkata perpecahan di kalangan anggota UMNO boleh menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti keramat orang Melayu itu.
Beliau berkata UMNO pada masa ini menghadapi 'peperangan' persepsi dan dihukum melalui 'mahkamah' pendapat umum, justeru anggota parti perlu menggunakan minda mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.
"Dahulu kekuatan politik di zaman penjajah berdasarkan kekuatan senjata, kini politik dipengaruhi kekuatan minda, apabila persepsi negatif diwujudkan akan jadi negatif, bila positif akan jadi positif, seseorang itu telah dihukum terlebih dahulu melalui persepsi," katanya.
Sehubungan itu, katanya, anggota UMNO perlu lebih kuat terutamanya dalam menguasai media sosial bagi menangkis segala serangan musuh politik parti itu.
"Jangan kita gagal dalam peperangan minda melalui media sosial, jangan sesekali ada anggota UMNO yang 'menembak' sesama sendiri dalam media sosial, hentikan segera," katanya.
Dalam majlis yang dihadiri 566 perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah itu juga, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk menaik taraf Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj, Institut Kemahiran Belia Negara di sini.
Bernama
Sun Sep 06 2015

AHMAD ZAHID: Khianat, hasad dengki dan benci-membenci ini akan kurangkan juga akan mengikis kekuatan, agama dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terutama kita ahli UMNO. -Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Rombakan Kabinet hak mutlak PM - Johari
Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata keputusan sedemikian adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Wan Rosdy, Khaled dan Johari menang Naib Presiden UMNO
Mohamed Khaled yang juga penyandang jawatan, memperoleh 104 undi manakala Johari yang juga muka baharu, mendapat 96 undi.

Pemilihan UMNO: Khaled Nordin, Mahdzir, Hasni dan Azalina antara bertanding Naib Presiden
Sejumlah 24,910 calon mengemukakan borang pencalonan masing-masing bagi semua jawatan di peringkat Pemilihan UMNO kali ini.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.

Pemilihan UMNO bukan lonjak kegemilangan individu - Khaled Nordin
Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Zambry tawar diri bertanding Naib Presiden UMNO
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

PAU2021: 'Saya orang parti, darah saya darah UMNO' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah digugat oleh apa sahaja cabaran yang ditempuhinya ketika ini.