SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) digesa mengaktifkan segera semua jentera di peringkat cabang dan daerah mengundi di Selangor sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari berkata semua jentera boleh mula mengadakan perhimpunan untuk merangka program sebelum kerajaan negeri membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secara rasmi selewat-lewatnya Jun ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor itu berkata walaupun pembubaran DUN tidak dibuat dalam masa terdekat, gerak kerja jentera politik PH harus digerakkan segera bagi mengekalkan tampuk kepimpinan parti tersebut di negeri berkenaan.
"Esok (atau) lusa (kita) perlu mula rangka pasukan kita dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh kerana lawan kita adalah Perikatan Nasional (PN) yang berada dalam keadaan yang sangat terdesak disebabkan mereka tidak mempunyai landas pelancaran yang kukuh.
"Kalau mereka mempunyai landas pelancaran yang kukuh seperti di Selangor, desakan mereka terhadap Kerajaan Persekutuan lebih keras," katanya ketika berucap di Konvensyen Pilihan Raya PKR Selangor hari ini.
Beliau juga yakin PH mampu menang majoriti dua pertiga kerusi DUN jika semua jentera parti bekerja keras menggunakan formula terbaik untuk menentang PN dalam PRN kelak.
Kira-kira 1,500 ahli PKR dari seluruh Selangor hadir ke konvensyen itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Amirudin berkata, semua jentera boleh mula mengadakan perhimpunan untuk merangka program sebelum kerajaan negeri bubarkan DUN Selangor secara rasmi. - Gambar fail
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.