Parti Amanah Rakyat (Amanah) tiada bantahan sekiranya PAS ingin menyertai Pakatan Harapan dan dipersetujui oleh gabungan pembangkang itu, kata Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir.
Mohd Anuar berkata Amanah membuat keputusan berdasarkan konsep konsensus yang menjadi pegangan Pakatan Harapan.
"Kalau suami isteri pun nak buat apa-apa, kedua-dua orang pun kena ada kesepakatan. Kalau seorang nak ke utara seorang nak ke selatan, tak balik raya lah. Jadi apatah lagi dalam parti politik yang bergabung di bawah Pakatan Harapan ini.
"Kita sudah tentu boleh menerima mana-mana parti politik atau mana-mana organisasi yang ingin bersama dengan kita selagi ianya mendapat persetujuan bersama.
"Kita alu-alukan siapa pun. PAS, PSM, banyak lagi parti lain yang tersenarai. Dan kalau sekiranya ada persefakatan, kita akan alu-alukan," katanya semasa satu sidang media di sini, hari ini.
Sidang media itu diadakan sempena 40 hari parti itu ditubuhkan dan mengumumkan perkembangan terbaru parti itu selepas ia ditubuhkan.
Mohd Anuar berkata parti itu mensasarkan untuk mendapatkan 100,000 ahli menjelang 2016.
"Setakat hari ini, Amanah juga sedang memproses lebih 50,000 permohonan keahlian.
"Bagi kami, ia satu jumlah yang sangat membanggakan sekaligus menunjukkan sambutan dan minat yang amat tinggi di kalangan masyarakat di luar sana terhadap parti Amanah," katanya.
Beliau menambah Amanah telah melantik beberapa pemimpin untuk memegang jawatan utama dalam parti itu.
"Khalid Abdul Samad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi, Dr Dzulkefly Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Strategi dan Dr Mohd Hatta Ramli telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.
"Selain itu, kita juga telah bersetuju melantik artis Wan Aishah Wan Ariffin ke Jawatankuasa Amanah Nasional, untuk mewakili golongan seniman," katanya.
Mohd Anuar turut berkata antara aktiviti parti itu adalah mengisytiharkan setiap hari Jumaat sebagai Tanwir (Hari Pencerahan) yang akan digunakan untuk aktiviti keilmuan dan mendalami Islam.
T K Letchumy Tamboo
Tue Oct 13 2015
![Amanah tiada bantahan jika PAS ingin sertai Pakatan Harapan Amanah tiada bantahan jika PAS ingin sertai Pakatan Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444717291_AnuarTahir.jpg)
Parti Amanah Rakyat tiada bantahan sekiranya PAS ingin menyertai Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung parti itu, Mohd Anuar Tahir. - Foto Astro AWANI/TK Letchumy
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dakwaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir hilang ingatan tidak bermoral - Setiausaha Sulit Dakwaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir hilang ingatan tidak bermoral - Setiausaha Sulit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81543644193_TBMOHDANUAR.jpg)
Dakwaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir hilang ingatan tidak bermoral - Setiausaha Sulit
Menurut Ahmad Tarmizi lagi, Mohd Anuar kini sedang menerima rawatan fisioterapi dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.
![Amanah tiada bantahan jika PAS ingin sertai Pakatan Harapan Amanah tiada bantahan jika PAS ingin sertai Pakatan Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444717291_AnuarTahir.jpg)
Amanah tiada bantahan jika PAS ingin sertai Pakatan Harapan
Parti Amanah Rakyat (Amanah) tiada bantahan sekiranya PAS ingin menyertai Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung parti itu, Mohd Anuar Tahir.