Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K. Ramalingam pada Isnin mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.
Ramalingam yang juga Pengarah Strategik MIC memfailkan semakan tersebut secara ex-parte di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Selvam Shanmugam & Partners.
Beliau menamakan RoS dan Mohammad Razin sebagai responden dan memohon kebenaran semakan terhadap kenyataan dan tindakan yang dinyatakan menerusi empat pucuk surat bertarikh 5 Dis 2014, 31 Dis 2014, 6 Jan 2015 dan 6 Feb lalu terhadap MIC.
Ramalingam juga memohon untuk membatalkan kenyataan responden menerusi surat yang sama serta memohon satu deklarasi bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu adalah mala-fide dan ultra vires.
Selain itu turut dipohon adalah deklarasi bahawa kenyataan responden itu bertentangan dan satu perbuatan perlucutan hak asasi pemohon menurut Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon supaya responden menggantung kesemua tindakan dan keputusan terhadap parti itu sehingga keputusan permohonan semakan kehakiman dikeluarkan.
Mengikut afidavit, Ramalingam mendakwa Mohammad Razin dan RoS telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan terhadap penjelasan MIC dan gagal menganalisis penjelasan tersebut berpandu kepada peruntukan yang terpakai bagi parti-parti politik sahaja khususnya Seksyen 18A, 18B dan 18C Akta Pertubuhan 1966.
"Responden telah memutar belit kenyataan tanpa berpandu kepada seksyen tersebut," katanya menerusi afidavit.
Selain itu beliau juga memohon supaya mahkamah mendengar permohonan tersebut secepat mungkin bagi mengelak responden terus bertindak.
Bernama
Tue Feb 24 2015
![AJK Kerja Pusat MIC fail semakan kehakiman terhadap RoS AJK Kerja Pusat MIC fail semakan kehakiman terhadap RoS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71376485623_295x200.jpg)
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K. Ramalingam pada Isnin mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan RoS. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia? E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61517837586_kamalanathan.jpg)
E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Adakah Malaysia bakal mencontohi negara jiran dengan memperkenalkan subjek e-sukan dalam sukatan pelajaran di sekolah?
![Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459872197_KAMALANATHAN.jpg)
Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan
Antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana tindakan mogok di dua sekolah baru-baru ini boleh membahayakan keselamatan pelajar.
![Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca' Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41456905075_KAMALANATHAN.jpg)
Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'
Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan syarikat yang membekal mi goreng di pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor
!['Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan 'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434967493_KAMALANATHAN.jpg)
'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan
Kewujudan guru holistik menjamin pembentukan murid cemerlang yang mampu mentaksir kebijaksanaan merangkumi akal dan kecerdasan emosi.
![Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442247311_950x600.jpg)
Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.
!['Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad 'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/71432254882_295x200.jpg)
'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.
![Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81404817714_295x200.jpg)
Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan
Golongan mahasiswa perlu berani dan berfikiran lebih luas untuk meneroka bidang pekerjaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.
![Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61403007751_295x200.jpg)
Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan
Tiada pemotongan bajet sedia ada untuk sekolah di negara ini yang diambil bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
![Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81404817714_295x200.jpg)
Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.
![Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71421227547_295x200.jpg)
Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.