Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan UMNO Terengganu menyelesaikan masalah dalaman parti itu hingga ia kini kembali bersatu dan teguh.
Mengambil contoh tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang terus menyokong kepimpinan UMNO Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham, Ahmad Zahid berkata langkah itu tepat demi kepentingan parti.
"Kita tahu bahawa walaupun beliau (Ahmad) dihujani pelbagai masalah dalam politik, saya ucapkan terima kasih kepada rakan kita Datuk (Seri) Ahmad Said yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Razif.
"Semangat kekitaan ini yang kita kena kukuhkan. Kita harus ketepikan permasalahan titik bengik yang ada di kalangan kita, di negeri atau bahagian-bahagian (demi kepentingan parti)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan peringkat Negeri Terengganu di sini yang turut dihadiri Ahmad Razif dan barisan kepimpinan UMNO Terengganu yang lain.
Sebelum ini, krisis dalaman UMNO Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap UMNO negeri.
Bagaimanapun, isu tersebut dilihat selesai selepas Ahmad Razif dilihat memeluk mesra Ahmad ketika hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki Ahmad pada Feb lalu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata setiap kepimpinan UMNO perlu mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing untuk mempertahankan parti, bangsa Melayu dan agama Islam tanpa mengenepikan agama lain.
"Ia boleh diibaratkan seperti ini : Mana ada pokok yang paling tinggi tidak dipanah petir atau rumah di tepi pantai yang tidak dilambung ombak. Pemimpin perlu istiqamah dan wajib menghadapinya.
"Walaupun saya tahu di bahagian-bahagian ada masalah tetapi demi kemenangan UMNO, ketepikan masalah itu dan saya yakin apabila pemimpin-pemimpin UMNO melakukan itu, kekuatan UMNO Terengganu dapat diterjemahkan semula," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 17 2017
![Ahmad Zahid puji tindakan Ahmad Said kembali menyokong UMNO Terengganu Ahmad Zahid puji tindakan Ahmad Said kembali menyokong UMNO Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469105805_DSAhmadSaid.jpg)
Sebelum ini, krisis dalaman UMNO Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad (gambar) yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif. - Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665703386_RAZIFABDULRAHMAN.jpg)
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
![Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471443048_AhmadRazif.jpg)
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
![Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71530402865_TBKETUAUMNOMELAKA.jpg)
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
![Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523169221_ZahidHamidi.jpg)
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
![Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523247529_Terangganu.jpg)
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
![MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut' MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
![BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41499952748_MenteriBesarAhmad.jpg)
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
![Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514813975_HospitalSultanah.jpg)
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
![Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514790505_bumbung.jpg)
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
![Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51514756364_950x600.jpg)
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.