Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti.
Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke hadapan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah.
"Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada tahun 1998. Oleh kerana saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini hari ini bagi mengulas pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
"Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.
"Sebagai seorang ahli politik ...kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya," tegasnya.
Ahmad Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.
"Kita tahu bahawa apabila sesuatu berlaku pada diri kita, itu bukan bererti berakhirnya kerjaya politik kita. Kalau ikut hukum akal pada 1998 saya tidak mempunyai masa depan langsung, tetapi tahun 2004 saya terus diberikan kepercayaan sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12.
Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beri peluang kepada saya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Hanya selepas 11 tahun kemudian, saya dalam kedudukan sekarang.
"Jadi kita tidak harus membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah, itu keputusan yang dipengaruhi emosi. Tetapi (jika) kita bertenang dan menerimanya sebagai qada dan qadar, Insya-Allah ada hikmah kepada apa yang berlaku kepada diri kita," katanya.
Ahmad Zahid berkata sebagai orang politik, mereka harus tahu apabila tiba masanya jawatan yang dipegang diberikan kepada orang lain, ertinya mereka tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan harus menerimanya sebagai hakikat politik.
Bernama
Wed Feb 03 2016
Ahmad Zahid (gambar) turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke hadapan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah. -Gambar fail
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Monsun: Kerajaan akan perkenal dasar pengurusan risiko bencana negara
Kerajaan akan memperkenalkan dasar pengurusan risiko bencana negara sebagai langkah persediaan menghadapi fasa peralihan monsun.
PRK DUN Mahkota: Surat layang tidak beri kesan kepada calon BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata seluruh jentera membabitkan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bertungkus lumus untuk memastikan semua pengundi keluar menunaikan kewajipan mereka pada 28 Sept ini.
Gaji premium lepasan TVET ditetapkan hingga RM4,000 - Ahmad Zahid
Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Program khas bantu pelajar tercicir, tidak minat masuk tingkatan 4 sertai TVET - TPM
Satu program khas akan dilaksana bagi membantu pelajar yang keciciran atau tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat.
MATEC 2024: Inisiatif mempromosi ekosistem industri automotif Bumiputera
MATEC 2024 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada pemain industri automotif.
Ahmad Zahid hadiri Malam Kluang Berselawat
Program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin lepas, dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.
Ahmad Zahid minta pembangkang lebih sensitif, hormat ahli keluarga bekas ADUN Mahkota
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pembangkang juga sepatutnya menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.
Jemaah Menteri setuju kekal dasar sedia ada permohonan sijil halal - Ahmad Zahid
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.