KUALA LUMPUR:Selepas beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian membuat desakan secara terbuka agar Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur, hari ini Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman tampil membuat gesaan yang sama.
Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar itu berkata, Ahmad Zahid wajar melepaskan jawatan Presiden demi bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli parti.
Tegasnya lagi, pengunduran itu perlu memandangkan kemelut pimpinan tertinggi UMNO khususnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Ahli-ahli Parlimen berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.
Kata beliau, tindak-tanduk Ahli-ahli MKT dan Ahli-ahli Parlimen yang tidak terarah juga mendedahkan UMNO kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Arah tuju yang tidak jelas beserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO. Kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap kepimpinan UMNO membawa beban berat kebangkitan semula UMNO,” katanya lagi.
BACA: UMNO perlu bariskan pemimpin baharu selain Ahmad Zahid - Pemuda UMNO Pagoh
Ahmad Sulaiman mendakwa, ahli-ahli UMNO tidak dapat melihat jelas kewajaran mendokong pemimpin yang dipecat oleh Ahli MKT sendiri.
Selain itu beliau berkata, penolakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Bahagian-bahagian jelas memperlihatkan ketegasan akar umbi terhadap pimpinan kerajaan Bersatu.
Baru-baru ini media melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi sebagai berkata, UMNO perlu dirombak semula dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.
Beliau berkata, UMNO dalam masa sama perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang pula dilaporkan berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada PRU14 berulang pada PRU15 kelak.
BACA: Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Firdaus Azil
Fri Jan 22 2021
![Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610455395_TBZahidHamidi.jpg)
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Ahmad Zahid wajar lepaskan jawatan Presiden demi bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan dan 3.6 juta ahli parti. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Buka Parlimen: UMNO boleh bentuk jajaran politik baharu - KB Paya Besar Buka Parlimen: UMNO boleh bentuk jajaran politik baharu - KB Paya Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623985316_TBParlimen.jpg)
Buka Parlimen: UMNO boleh bentuk jajaran politik baharu - KB Paya Besar
Menurutnya, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku termasuk kerjasama Bersatu dengan parti lain di luar kerajaan Perikatan Nasional.
![Zahid tidak sesuai jadi Perdana Menteri selepas PRU15 - Tajuddin Zahid tidak sesuai jadi Perdana Menteri selepas PRU15 - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616941783_AhmadZahidHamidi.jpg)
Zahid tidak sesuai jadi Perdana Menteri selepas PRU15 - Tajuddin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mencadangkan calon lain untuk menjadi Perdana Menteri seandainya UMNO membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
![Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/41554615271_DSZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin
Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan politiknya.
![Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610455395_TBZahidHamidi.jpg)
Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri
Bekas ADUN Lepar itu berkata, Ahmad Zahid wajar lepaskan jawatan Presiden demi Bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan, dan 3.6 juta ahli parti.