Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai pilihan sama ada mahu kekal atau melepaskan jawatan sebagai Senator, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut atau melarang mana-mana Anggota Dewan Negara untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar.
"Bagaimanapun saya percaya Ahmad Bashah akan membuat pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kesinambungan kepimpinan negeri Kedah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan Ahmad Bashah sebagai Anggota Dewan Negara selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Ahmad Bashah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar esok bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletak jawatan itu hari ini.
Di ALOR SETAR, Ahmad Bashah dalam sidang media berkata beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala surat peletakan jawatan sebagai senator telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ahmad Bashah dilantik sebagai senator oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk tempoh tiga tahun bermula 15 Mei 2013, dan tempoh tersebut dijangka berakhir pada 14 Mei depan.
Sehari selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun sama.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas, Ahmad Bashah mengekalkan kerusi DUN Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk penggal kelima.
Beliau yang menyandang kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1995, telah menewaskan calon PKR, Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama), Jawahae Raja Abdul Wahid dengan majoriti 895 undi pada Pilihan Raya Umum 2013.
Bernama
Wed Feb 03 2016

AZALINA: Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut atau melarang mana-mana Anggota Dewan Negara untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar. -Gambar fail
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.

Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.

Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.

PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.

'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.

BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.

Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.

Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.

'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.