KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, mengikut undang-undang antilompat parti, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), hanya Ahli Parlimen yang bertindak masuk ke parti lain selain mengumumkan diri sebagai Bebas akan hilang kelayakan kerusi disandang.
"Saya menduduki jawatankuasa ini semasa digubal, mewakili PH bersama Gobind Singh Deo dan (Mohamed) Hanipa Maidin, pendirian PH tindakan Ahli Parlimen bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan adalah dikira hilang kerusi dan Pilihan Raya Kecil diadakan.
"Tindakan bertentangan ini termasuk dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa RUU (rang undang-undang) yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan. Ahli Parlimen yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti (juga) dikira hilang kerusi," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata, pendirian dan cadangan PH ketika itu tidak dipersetujui oleh Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"(Jadi) (Tan Sri Dr) Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai pengerusi usulkan hanya cadangan mendapat konsensus semua parti akan dimasukkan (ke dalam Akta).
"Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira Ahli Parlimen hilang kerusi? Isytihar masuk parti lain, isytihar jadi Ahli Parlimen Bebas. Isytihar sokong Perdana Menteri? Tidak hilang kerusi. Sekian," katanya.
Media semalam melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan supaya undang-undang antilompat parti diluluskan Parlimen dikaji semula, kerana didakwa terdapat kelemahan terutama melibatkan situasi anggota parti itu yang bertindak menyokong Kerajaan Perpaduan.
Sehingga kini empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata pada Khamis, tindakan empat Ahli Parlimen itu tidak berkaitan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat untuk bertukar parti yang boleh menyebabkan mereka hilang kerusi di Parlimen. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Ahli Parlimen pembangkang sokong PM tidak hilang kerusi - Saifuddin
Hanya Ahli Parlimen masuk ke parti lain selain mengumumkan diri sebagai Bebas akan hilang kelayakan kerusi disandang.