KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk tidak meletak jawatan sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaras dengan kehendak Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022.
Beliau terharu dengan sokongan diterima dan berjanji untuk terus memimpin Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).
“Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam, saya telah menawarkan untuk meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu. Ini adalah disebabkan kedudukan saya pada masa ini yang sedang berhadapan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah.
“Sebagai mendukung prinsip dan motto perjuangan parti kita, iaitu Bersatu Bermaruah dan Beramanah, saya mengambil (tanggungjawab) sepenuhnya atas pertuduhan terhadap diri saya. Walau bagaimanapun MPT Bersatu menolak tawaran saya untuk meletak jawatan.
“Pagi ini, perwakilan juga meluluskan usul menolak peletakan jawatan Presiden dan atas kehendak Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, saya meneruskan tugas saya sebagai Presiden parti.
"Saya amat terharu dengan sokongan yang luar biasa. Saya terharu dan bangga di atas sikap setiakawan saudara semua. Terima kasih dan saya akan teruskan untuk memimpin Bersatu dan Perikatan Nasional (PN),” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di sini pada Ahad.
BACA:MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden
Sebelum itu, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 sebulat suara meluluskan Usul Penolakan Perletakan Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.
Usul dibentangkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal berkata, perwakilan Bersatu menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin, sekali gus menyokong penuh agar beliau kekal memimpin sebagai Bersatu.
“Kita sedar, tanpa susuk tubuh Muhyiddin, parti ini tidak akan wujud. Parti ini lahir di teratak beliau. Asas perjuangannya adalah idealisme perjuangan beliau. Kelangsungannya kerana komitmen Tan Sri Presiden dan kejayaannya, kerana keyakinan rakyat kepada beliau yang dikasihi rakyat dan digelar sebagai ‘Abah’.
"Pengorbanan yang dilakukan oleh Abah kita tidak boleh dipertikaikan lagi. Pelbagai jenis cabaran dan dugaan, naik dan turun telah dilalui olehnya. Beliau pernah dipecat, beliau pernah didesak melepaskan jawatan dan hari ini pula beliau dituduh dengan penuh kezaliman,” ujarnya.
Justeru, katanya Bersatu melihat sekarang adalah masa untuk ahli parti bersolidariti menentang kezaliman, dan tiada keperluan untuk Presiden meletakkan Jawatan.
Pada Jumaat, Muhyiddin memaklumkan kedudukan beliau sama ada kekal atau tidak sebagai Presiden Bersatu akan ditentukan oleh MPT.
Muhyiddin dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 12 2023

Pada Jumaat, Muhyiddin memaklumkan kedudukan beliau sama ada kekal atau tidak sebagai Presiden Bersatu akan ditentukan oleh MPT. - Gambar fail
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EdgeWood Residences: SkyWorld tawar keindahan lestari hijau di tengah bandar
SkyWorld memperkenalkan SkyWorld Healthy Home, prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup lebih sihat dan selesa.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.