Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melibatkan calon Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata BN juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan sekutu yang lain dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi.
"BN Sabah dan rakan-rakan akan bertanding di semua 73 kerusi DUN dalam PRN kali ini.
"Bagaimanapun soal pengagihan kerusi di antara parti komponen dan jumlah akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Malah, beliau sendiri akan turun padang mengumumkan calon di setiap kawasan bagi memastikan pengundi mengenali calon yang bertanding.
Ruzaini Zulkepli
Sun Aug 02 2020
Bung Moktar berkata BN juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan sekutu yang lain dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi. - Foto Astro AWANI
Pelajar 17 tahun cedera jatuh dari tingkat lima PPAM
Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Agihan kerusi BN, rakan sekutu selesai dalam 2 minggu - Bung Moktar
Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melibatkan calon Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.