MELAKA: 'Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kena jaga rakyat dari dalam perut sampai ke liang lahad', itu antara prinsip yang akan dipegang calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Fairul Nizam Roslan, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Fairul Nizam, 43, atau lebih mesra dipanggil Along' berkata wakil rakyat bukan menjaga orang tua dan muda sahaja tetapi juga kanak-kanak bersekolah rendah sehinggalah bayi di dalam perut ibunya.
"ADUN ini kepimpinan yang paling rapat dan dekat dengan rakyat, itu tahap pemimpin, orang kata YB (wakil rakyat) ni kena jaga rakyat dari dalam perut sampai ke liang lahad," katanya dalam rancangan khas menerusi Facebook UMNO Online.
Justeru kata Fairul Nizam pemimpin muda perlu diketengahkan supaya jarak umur dengan rakyat yang dijaganya tidak terlalu jauh namun pada masa sama tidak melupakan kepimpinan golongan tua kerana mereka mempunyai banyak pengalaman.
Dalam pada itu Fairul Nizam berkata nama panggilannya 'Along' bukan sekadar nama tetapi mempunyai makna lebih besar buat dirinya.
Katanya masyarakat Asahan khususnya boleh memanggilnya Along agar dirinya lebih dekat dengan masyarakat kawasan itu berbanding memanggilnya 'Yang Berhormat' (YB) jika diberi mandat sebagai wakil rakyat kelak.
"Nama Along saya dapat sejak kecil, sampai saya dah anak empat pun masih dipanggil Along, masyarakat Asahan boleh panggil saya Along, Along boleh sebagai kawan, anak, abang, mungkin Along tidak boleh jadi adik, tetapi saya boleh jadi sahabat," jelas beliau mengenai panggilan mesra dirinya itu.
Fairul Nizam yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka berkata masyarakat Asahan amat dekat di hatinya kerana kerjaya politiknya bermula pada 1997 di Alor Gajah.
Mengulas mengenai misinya, Fairul Nizam berkata beliau mementingkan pembangunan pendidikan anak-anak di DUN Asahan kerana yakin pendidikan berupaya menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi keluarga, negeri dan negara.
Kerusi DUN Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Fairul Nizam, B. Danesh (PN), Datuk Seri Idris Haron (PH) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Ab Hamid dan Mohd Akhir Ayob.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Fairul Nizam (depan) berkata masyarakat Asahan amat dekat di hatinya kerana kerjaya politiknya bermula pada 1997 di Alor Gajah. - Gambar fail BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.