Selepas menanti hampir setahun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Osman Jamal akhirnya 'diterima' untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), hari ini.
Osman yang terdahulu menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengistiyarkan dirinya menyertai PKR sebelum membuat keputusan berkenaan.
Beliau berkata, antara sebab mengapa penyertaannya di dalam Warisan adalah selepas mengambil kira kepentingan pembangunan sosial dan fizikal di kawasan Balung selain sudah berbincang dengan pucuk pimpinan PKR di DUN diwakilinya sebelum ini.
"Selepas berbincang dengan Yang Amat Berhormat (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), saya kemudiannya memaklumkannya kepada pucuk pimpinan dan pemimpin di Balung di mana saya menyertai Warisan.
"Saya berfikir, majoriti daripada mereka bersetuju dan selepas ini, saya akan balik ke kawasan untuk bertemu dengan cabang-cabang atau ranting (PKR) di mana saya sudah membuat lebih 40 ranting di Balung.
"Ini adalah untuk menjelaskan dengan lebih dekat kenapa kita harus menyokong Warisan sekarang dan masa akan datang, salah satu kita mahu pembangunan begitu baik akan berlaku di Balung yang melibatkan pembangunan sosial dan fizikal," katanya.
Osman berkata demikian dalam sidang media khas mengenai pengumumannya menyertai Warisan di hadapan Mohd Shafie yang merupakan Ketua Menteri dan Presiden Warisan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu, pada Isnin.
Sementara itu, Mohd Shafie ketika memberikan ulasan mengenai kemasukan Osman mendedahkan ADUN Balung itu terpaksa menanti hampir setahun selepas musim PRU14 dahulu selepas penelitian dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.
"Hari ini walaupun masanya agak lama iaitu setahun dan hari ini sudah pun dijelaskan pada saya, Alhamdulillah tidak bererti bahawa kita akan menerima semua pihak, tidak.
"Kita perlu teliti nilai-nilai perjuangan ini tidak semudah itu kerana kita faham dan tahu bahawa rakyat yang inginkan perubahan itu perlu dihargai dan di hormati dalam usaha kita untuk memajukan dan membangunkan negeri Sabah," katanya.
Mengulas mengenai jumlah wakil rakyat yang menyertai Warisan dan sekutunya dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mohd Shafie menjelaskan pihaknya mempunyai sekurang-kurangnya 48 daripada 60 jumlah ADUN di seluruh Sabah.
"Kita mempunyai jumlah keseluruhan yang ada di bawah pentadbiran kerajaan Warisan dari segi Warisan, PKR, DAP dan juga UPKO kita mempunyai 48 daripada 60 jumlahnya.
"Kita teliti sebenarnya, bukan kita menolak mana-mana pihak ataupun kita terima sesuka hati kena teliti secara dalam kehendak keperluan rakyat dan ada juga sesetengah pihak seperti yang kita nyatakan kes-kes tertentu berlaku ada tuduhan dan itu amat teliti saya tidak mahu nanti ianya akan menjadi hambatan kepada rakyat di masa akan datang," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Mar 04 2019
Mohd Shafie (tengah) menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Osman dalam sidang media berkenaan di PPNS, Kota Kinabalu, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Kebakaran hutan: Brazil berdepan kekurangan sumber
Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.
Penduduk DUN Balung berdepan krisis air kritikal
Kira-kira 41,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung berdepan krisis air kritikal yang memerlukan penyelesaian secara tuntas untuk tempoh jangka masa panjang.