KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Pejabat Pas Pusat pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika ditemui media hari ini.
"Alhamdulilah Tuan Guru telah selesai memberikan keterangan kepada pihak polis... seorang (berpangkat) Asisten Superintendan (ASP) daripada USJT Bukit Aman. Ia berlangsung dengan baik... Tuan Guru berikan kerjasama.
"(Abdul Hadi) berikan keterangan hampir satu jam dan telah selesai menjawab setiap persoalan dikehendaki oleh pihak polis," katanya.
Jelas Mohd Syahir, tidak timbul soal Presiden Pas itu mengelak untuk disoal siasat seperti didakwa oleh sesetengah pihak.
Sebaliknya Abdul Hadi, jelasnya terpaksa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan ia telah dimaklumkan kepada pihak polis sebelum ini.
"Komunikasi saya dan pihak Bukit Aman jelas dan kenyataan pihak polis pun jelas dan tidak bercanggah. Memang Tuan Guru (Abdul Hadi) ada menerima rawatan pada pagi Sabtu 2 September di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu menyebabkan kelewatan untuk tiba di Kuala Lumpur untuk rakam keterangan pada jadual asal.
"Atas sebab itu saya maklumkan kepada pihak polis, Tuan Guru ada rawatan di hospital, tiga hingga empat jam kemudian baru Tuan Guru bertolak ke Kuala Lumpur.
"Tuan Guru dalam keadaan yang sihat, tetapi pihak media mungkin mengatakan bahawa Tuan Guru tidak sihat. Jadi tidak timbul soal mengelak," katanya lagi.
Mengenai beberapa gambar menunjukkan Abdul Hadi bertemu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat Menteri Besar di ibu negara pula, jelas Mohd Syahir, pertemuan itu mengikut jadual asal.
"Jadi yang tersebar gambar jumpa dengan Tun Dr Mahathir dan mesyuarat bersama empat Menteri Besar tersebut mengikut jadual asal.
"Alhamdulilah, Tuan Guru sihat dan dalam makluman pihak polis jadual perjalanan Tuan Guru pada hari Sabtu lepas," katanya lagi.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Ia berhubung kenyataan Abdul Hadi yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar di Johor minggu lalu.
Fareez Azman
Mon Sep 04 2023
![Abdul Hadi selesai beri keterangan, tidak timbul isu mengelak - Mohd Syahir Abdul Hadi selesai beri keterangan, tidak timbul isu mengelak - Mohd Syahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693809515_TBHadiAwang.jpg)
Abdul Hadi dikatakan terpaksa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. - Gambar fail
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709632886_TBSyahirCheSulaima.jpg)
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
![Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670240069_AbdulHadiAwang.jpg)
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
![PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700473179_TBBORHANAMANSHAH.jpg)
PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
MPN Selangor mendesak PN negeri menyatakan pendirian berhubung rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor terhadap Presiden Pas.
![Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688266764_AbdulHadiAwang.jpg)
Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.
!['Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu 'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690108061_MohamadSabu.jpg)
'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
![Penyebaran berita Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi adalah palsu - Pas Penyebaran berita Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi adalah palsu - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690845290_saudi.jpg)
Penyebaran berita Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi adalah palsu - Pas
Dakwaan sedemikian bukti terdapat pihak ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam PRN, tegas Pas.
![Hadi Awang ucap terima kasih, kirim salam kepada semua Hadi Awang ucap terima kasih, kirim salam kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688282277_AbdulHadiAwang.jpg)
Hadi Awang ucap terima kasih, kirim salam kepada semua
Keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin pulih.
![Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667952160_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.
![Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular - Abdul Hadi Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677661897_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular - Abdul Hadi
Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
![Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669083820_TBABDULHADIAWANG.jpg)
Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi
Tindakan menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri dan ahli Parlimen serta menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong kerajaan disifatkan sebagai zalim.