JERANTUT: Kira-kira 62,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Malaysia memberi sokongan penuh kepada perjuangan Pas dan memastikan calon parti tersebut menang di setiap kawasan yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ketua DHPP Malaysia, Senator Balasubramaniam Nachiappan berkata, DHPP Malaysia memohon kepada Pas agar memberi laluan calon mereka bertanding atas tiket parti tersebut di tiga kerusi Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Bagaimanapun, DHPP menyerahkan persetujuan dan budi bicara Pas Pusat untuk menentukan kawasan kepada calon kami sebagai salah satu sayap parti ini yang sudah sebati sebagai penyokong kuat Pas.
“Kami berkeyakinan penuh memandangkan trend masa kini sokongan kuat mula dilihat kepada Pas selepas pelbagai kemelut yang melanda politik negara pada masa ini,” katanya kepada media di Kompleks Imam As Syafie (KIAS) Pas di Kampung Temin di sini, hari ini.
Katanya, sejak 16 Jun 2020, DHPP dengan persetujuan Pas Pahang berhasrat meletakkan calonnya sekali lagi untuk bertanding satu kawasan Parlimen dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.
"PRU14, Pas memberikan laluan kepada calon DHPP bertanding di tiga buah Parlimen dan 18 DUN, tetapi pada PRU15 nanti, hanya memohon 3 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN sahaja.
Beliau yang juga Ketua DHPP Pahang dan Jerantut berharap Pas Pusat memberi laluan kepada sayap itu bertanding atas tiket Pas pada PRU15 sekali lagi sebagai satu penghormatan dan semangat setiakawan.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Yohanis Ahmad.
"Namun, sehingga sekarang belum ada sebarang perbincangan atau pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak pimpinan Pas,” katanya.
Beliau yang pernah bertanding pada PRU14 di kerusi Parlimen Bentong hanya mendapat 5,706 undi dan tewas kepada Wong Tack dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperoleh jumlah undi sebanyak 25,716 dan seorang lagi calon MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut tewas dengan mendapat 23,684 undi.
Astro Awani
Thu Aug 25 2022
![62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam 62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661443267_TBDHPP.jpg)
Ketua DHPP Malaysia, Senator Balasubramaniam Nachiappan berkata, DHPP Malaysia memohon kepada Pas agar memberi laluan calon mereka bertanding atas tiket parti tersebut di tiga kerusi Parlimen dan 12 kawasan DUN. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Muktamar Pas: Tembok pemisah dengan bukan Islam perlu dipecahkan - Abdul Hadi Muktamar Pas: Tembok pemisah dengan bukan Islam perlu dipecahkan - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662295955_TBHADIAWANG.jpg)
Muktamar Pas: Tembok pemisah dengan bukan Islam perlu dipecahkan - Abdul Hadi
Usaha perlu digerakkan dari pelbagai sudut dalam memecahkan tembok pemisah di antara parti Pas dengan masyarakat bukan Islam di negara ini.
![62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam 62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661443267_TBDHPP.jpg)
62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam
DHPP Malaysia memohon kepada Pas agar memberi laluan calon mereka bertanding atas tiket parti tersebut di tiga kerusi Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
![Pas Johor beri sokongan penuh calon bukan Islam bertanding PRU15 Pas Johor beri sokongan penuh calon bukan Islam bertanding PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/51493345241_BenderaPas.jpg)
Pas Johor beri sokongan penuh calon bukan Islam bertanding PRU15
Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata setakat ini pihaknya tidak menentukan sasaran jumlah calon dari DHPP untuk bertanding.
![Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537049959_lauchinchua.jpg)
Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.
![Pas tawar bantuan kepada UMNO jika bertanding di PRK Port Dickson Pas tawar bantuan kepada UMNO jika bertanding di PRK Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536971822_HADIAWANG.jpg)
Pas tawar bantuan kepada UMNO jika bertanding di PRK Port Dickson
Abdul Hadi berkata Pas mempunyai kekuatan anggota dan penyokong di Parlimen tersebut yang boleh digerakkan bagi membantu jentera UMNO menghadapi pilihan raya itu.
![Hadi akui Pas sukar tadbir Kelantan, Terengganu Hadi akui Pas sukar tadbir Kelantan, Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536970594_HADIAWANG.jpg)
Hadi akui Pas sukar tadbir Kelantan, Terengganu
Jelasnya, bidang kuasa negeri lebih kepada perihal berkaitan pentabdiran negeri seperti menguruskan masjid, harta pusaka, tanah wakaf, pendidikan agama dan hal tanah.
![Pas selaras lafaz baiah di seluruh negara - Tuan Ibrahim Pas selaras lafaz baiah di seluruh negara - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520848130_PASMANIFESTO.jpg)
Pas selaras lafaz baiah di seluruh negara - Tuan Ibrahim
Majlis Syura memutuskan tidak ada perbezaan baiah di antara semua negeri termasuk Kelantan yang membuat tambahan lafaz taklik cerai talak tiga sebagaimana yang dilaksanakan pada PRU13.
![Pemuda, Wanita DHPP Selangor keluar PAS, sertai Amanah Pemuda, Wanita DHPP Selangor keluar PAS, sertai Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441264012_AmanahNasionalGHB.jpg)
Pemuda, Wanita DHPP Selangor keluar PAS, sertai Amanah
Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor, Rajkumar Batumalai bersama Ketua Wanita DHPP Selangor, Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara
![Pemuda PAS: Jangan abaikan penyokong bukan Islam Pemuda PAS: Jangan abaikan penyokong bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385015414_295x200.jpg)
Pemuda PAS: Jangan abaikan penyokong bukan Islam
Perkara tersebut dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Tebrau, Shamsul Bakti yang kecewa dengan sikap DPPM yang disifatkan tidak mengambil berat mengenai perkara itu.