IPOH: Kira-kira 400 orang menyertai perhimpunan aman anjuran Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0 (SSM2.0) di kawasan lapang berhampiran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Meru Raya di sini, hari ini.
Perhimpunan julung kali dianjurkan SSM2.0 tahun ini, turut disertai beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai Pengerusi SSM2.0, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Turut kelihatan, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che'gu Bard, peguam dan aktivis, Muhammad Rafique Rashid Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis dan bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan.
Pekarangan perhimpunan mula didatangi peserta sekitar jam 3 petang sebelum disusuli kehadiran puluhan peserta berpakaian serba hitam selain memegang sepanduk tertera mesej tuntutan yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun.
Selain berjalan dari arah Bulatan Sultan Azlan Shah, beberapa individu turut berucap menggunakan pembesar suara di atas pacuan empat roda bagi menyuarakan tuntutan dan keluhan dengan membawa beberapa isu seperti penyasaran subsidi diesel, isu berkaitan sumbangan syarikat minuman keras di sekolah, dan sebagainya.
Tun Faisal berkata, program pemanas badan itu mengikut lunas demokrasi dan bukan untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Di akhir perhimpunan sekitar jam 5 petang, Tun Faisal bersama dua lagi wakil SSM2.0 menyerahkan memorandum kepada kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri.
Mohamad Hairul Amir ketika ditemui berkata, Kerajaan Perpaduan sentiasa bersifat terbuka dan bersedia untuk mendengar pandangan serta maklum balas termasuk kritikan daripada orang mana-mana pihak selagi tidak menjejaskan keharmonian masyarakat serta mengikut lunas undang-undang.
Malah, katanya, tiada sesiapa pun harus ditinggal atau diketepikan dalam proses menjadikan Malaysia mencapai demokrasi matang selepas perubahan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurutnya, Perdana Menteri turut menegaskan tidak ada mana-mana pihak patut tertinggal dalam proses berkenaan, termasuk dalam kalangan mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan pihak yang berkuasa.
Katanya, semua rakyat Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini (menuju demokrasi matang) dan kerajaan juga sentiasa meraikan kepelbagaian pandangan daripada segenap lapisan masyarakat.
“Inilah konsep Malaysia MADANI yang mahu membawa perubahan dalam negara dan perkara tersebut ditekankan sewaktu menerima memorandum di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun,” katanya.
Mohamad Hairul Amir berkata, beliau akan bawa memorandum itu kepada pengetahuan dan tindakan Anwar pada minggu depan.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jul 27 2024
Tun Faisal (tengah) bersama dua lagi wakil SSM2.0 menyerahkan memorandum kepada kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri (kiri). - Foto Astro AWANI
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Kumpulan terkesan kenaikan diesel mungkin 'merajuk'
Isu-isu nasional dan kos sara hidup akan terus mendominasikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Tujuh tuntutan My Climate Strike terhadap kerajaan
Menurut Illi Nadiah Dzulfakar Pengasas Klima Action Malaysia (Kamy) yang juga penganjur perhimpunan itu berkata, kesemua tujuh tuntutan itu bagi memastikan jerebu tidak melanda negara ini lagi.
Perhimpunan ICERD: Jaga tutur kata, tingkah laku - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peserta Himpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD agar menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika perhimpunan
Penganjur hantar memorandum di Bukit Aman akan dipanggil - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata perkara berkenaan jelas tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Peserta demonstrasi dapat maklumat kurang tepat - Penganalisis
Pengarah Pusat Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) Profesor Madya Dr Abdul Rasid Abdul Rahman berkata peserta demonstrasi jalanan telah disajikan dengan informasi yang tidak tepat.
Peserta Perhimpunan Hijau tekad teruskan misi
Meskipun perjalanan berjalan kaki sejauh lebih 300 meter dari Kuantan ke Kuala Lumpur memenatkan, sokongan daripada orang ramai membangkitkan semangat mereka.