KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim mengesahkan, dipanggil untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau memainkan sentimen 3R (kaum, agama dan institusi diraja) di akaun TikTok, baru-baru ini.
Dakwa beliau, laporan polis adalah perkara biasa yang dilakukan oleh musuh politik dan ia sekadar untuk menakutkan Pas serta Perikatan Nasional (PN) Pahang.
"Saya sudah dipanggil (polis) dan jam 5 petang ini, saya menemui pegawai penyiasat di Balai Polis Manchis, Bentong, Insya-Allah.
"Tindakan yang dikenakan terhadap saya tidak akan menggugat PN untuk terus memberi kefahaman kepada rakyat dan kita akan terus berlawan dengan DAP, PH (Pakatan Harapan) serta BN (Barisan Nasional)," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada 13 September lalu, Pegawai khas Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman, Ahmed Wafiuddin Shamsuri telah membuat laporan di Balai Polis Manchis atas dakwaan Shahril Azman memainkan sentimen 3R di akaun TikTok pemimpin Pas itu.
Ahmed Wafiuddin mendakwa Shahril Azman membuat kenyataan yang menyentuh hak Bumiputera selain turut menyentuh nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan DAP.
Beliau juga mendakwa video itu juga menunjukkan Shahril Azman yang sedang berkempen di Felda Sungai Kemahal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.
PRK Pelangai diadakan susulan penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya itu berlangsung pada 7 Oktober dengan hari penamaan calon pada 23 September manakala hari pengundian awal ialah 3 Oktober ini.
Mengulas lanjut isu itu, Shahril Azman berkata, kempen terbabit menjelaskan kepada orang Melayu tentang bahayanya doktrin Malaysian Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan dan dasar perjuangan DAP.
Jelasnya, namun kini kedudukan DAP diperkukuhkan dengan sokongan UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga berjaya membentuk kerajaan.
"Sebagai sebuah negara demokrasi, saya adalah ahli parti politik Pas dan wakil rakyat Pas berhak menyuarakan bantahan, memberi penjelasan kepada masyarakat serta amaran tentang bahaya konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Terkandung di dalamnya (Perlembagaan Persekutuan) kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perkara 153, bertentangan dengan konsep sama rata semua kaum yang diperjuangkan DAP.
"Saya yakin penjelasan dan kempen saya tidak melanggar mana-mana undang negara dan selaras dengan prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara dalam perlembagaan," katanya.
Shahril Azman turut menjelaskan kepada masyarakat Melayu bahawa konsep sekular yang cuba diterapkan DAP adalah bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Saya sebenarnya telah melakukan perkara-perkara yang perlu dipertahankan dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia selalu dicabar oleh ahli dan pemimpin parti DAP," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 17 2023
Dakwa Shahril Azman, laporan polis adalah perkara biasa yang dilakukan oleh musuh politik dan ia sekadar untuk menakutkan Pas serta Perikatan Nasional (PN) Pahang. - Sinar Harian
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan terhadap dua ahli politik Pas berhubung kenyataan mereka sebelum PRK DUN Pelangai, telah diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
3R: ADUN Jengka dipanggil polis petang ini
Shahril Azman mengesahkan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau memainkan sentimen 3R di akaun TikTok, baru-baru ini.