Kira-kira 2,000 orang daripada 38 cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di bahagian Putatan pada Rabu menyerahkan borang keahlian parti.
Borang keahlian itu diserahkan oleh ketua-ketua cawangan berkenaan kepada Ketua Bahagian Warisan Putatan Terence Siambun dan disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Terence berkata kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas anggota UMNO yang telah meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini...dan saya lihat kemasukan beramai-ramai pada hari ini menunjukkan parti ini semakin diterima oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata kemasukan kira-kira 2,000 anggota baharu itu kini menjadikan Warisan Putatan kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan lebih 100 cawangan.
Sementara itu, Uda yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Petagas berkata kemasukan anggota baharu berkenaan akan memperkuatkan lagi parti itu di bahagian tersebut.
"Kemasukan ini menunjukkan keyakinan masyarakat Putatan terhadap Warisan. Mereka yang menyertai Warisan ini tidak dipaksa dan tiada habuan yang diberikan kepada mereka.
"Oleh itu saya meminta semua anggota parti di Putatan ini terus menyokong pucuk pimpinan demi pembangunan di Sabah khususnya di Putatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 30 2019
![2,000 sertai Warisan di Putatan 2,000 sertai Warisan di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548863656_PEMBANGKANGMASUKWA.jpg)
Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan parti pembangkang kawasan Putatan yang menyertai parti Warisan pada majlis penerimaan borang keahlian parti Warisan pada Rabu malam. - Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739096345_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.
![Segera tambah ahli! Tiada makna jadi ketua jika tiada pengikut - Dr Mahathir Segera tambah ahli! Tiada makna jadi ketua jika tiada pengikut - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81546093805_Mahathir.jpg)
Segera tambah ahli! Tiada makna jadi ketua jika tiada pengikut - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata Bersatu yang baru berusia tiga tahun tidak mampu untuk terus mendapat sokongan jika bahagian dan cawangan tidak diperkasa dengan menambah ahli.
![2,000 sertai Warisan di Putatan 2,000 sertai Warisan di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548863656_PEMBANGKANGMASUKWA.jpg)
2,000 sertai Warisan di Putatan
Kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas anggota UMNO yang telah meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
![Nazri tidak terkejut jika Tun Mahathir kembali kepada UMNO Nazri tidak terkejut jika Tun Mahathir kembali kepada UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435065467_NAZRIAZIZ.jpg)
Nazri tidak terkejut jika Tun Mahathir kembali kepada UMNO
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bertukar parti dan kembali ke parti asal adalah resam dalam politik walaupun untuk kali ketiga.
![Mulakan segera pendaftaran keahlian automatik UMNO - Mas Ermieyati Mulakan segera pendaftaran keahlian automatik UMNO - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61386135125_295x200.jpg)
Mulakan segera pendaftaran keahlian automatik UMNO - Mas Ermieyati
Pergerakan Puteri UMNO meminta pucuk pimpinan parti segera melaksanakan pendaftaran automatik parti ke sayap tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.