JOHOR BAHRU: Lapan belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, akan dibahagikan secara muafakat bersama tiga parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.
"Pengagihan 56 kerusi DUN di Johor masih dalam perbincangan di peringkat PH negeri. Kerusi DUN ditandingi Bersatu pada PRU14 dianggap sebagai kerusi yang dikosongkan.
"Oleh itu, 18 kerusi tersebut boleh ditandingi mana-mana parti komponen PH Johor, cuma keputusannya parti yang akan bertanding akan ditentukan secara perbincangan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Amanah Johor di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Setiausaha DAP Johor Tan Hong Ping serta Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse.
Pada masa ini, Bersatu memiliki 12 kerusi DUN di Johor.
Sementara itu, Salahuddin berharap PH Johor mampu menyelesaikan hal pembahagian kerusi secepat mungkin sebagaimana dilakukan pada PRU14.
"Johor sepatutnya menjadi contoh, PH kuat di negeri ini. PH Johor telah buktikan pada PRU14 lalu, di mana negeri ini merupakan negeri terawal berjaya memutuskan pembahagian kerusi secara muafakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

AMINOLHUDA: Pengagihan 56 kerusi DUN di Johor masih dalam perbincangan di peringkat PH negeri. Kerusi DUN ditandingi Bersatu pada PRU14 dianggap sebagai kerusi yang dikosongkan. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

PRN: 24 calon wanita menang kerusi DUN
Jumlah calon wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri semalam ialah seramai 71 orang.

PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

PRN: 'PN boleh menang 33-3 di Kedah' - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, angka itu dapat dilihat menerusi sentimen pengundi sepanjang tempoh beliau berkempen.

PRN: 41 calon Bebas bertanding kali ini
Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang menyaksikan jumlah keseluruhan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding menarik penyertaan 41 calon Bebas.

PRN: Serah kepada PM muktamadkan pengagihan kerusi di N.Sembilan - Aminuddin
Aminuddin berkata ia termasuk kawasan DUN Lenggeng yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya sama ada ditandingi oleh calon PH atau BN.

PRN: BN tanding 17 kerusi DUN N.Sembilan - Mohamad Hasan
Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri bulan depan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

PRN: Mohamad, Loke sedia pertahan kerusi DUN masing-masing di N. Sembilan
Mohamad Hasan merupakan penyandang kerusi DUN Rantau, manakala Anthony Loke pula penyandang bagi DUN Chennah.

DAP tiada dasar tetap untuk calon bertanding kedua-dua kerusi Parlimen, DUN
DAP tidak mempunyai dasar tetap mengenai calon daripada parti itu untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

PRN: PH mampu pertahan tiga DUN Parlimen Kota Raja - Tengku Zafrul
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin Pakatan Harapan (PH) mampu mempertahan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kota Raja.