KUALA LUMPUR: Seramai 13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata upacara berkenaan berlangsung di Putrajaya pagi tadi.
Beliau yang menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu berkata ia didahului Ketua Bahagian PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.
Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Datuk Jamal Norubit @ Nerubi (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Menteri Ekonomi) dan Datuk Mohammad Khairi A. Malik (Menteri Pendidikan Tinggi).
"Juga mengangkat sumpah pagi tadi ialah Suhaizan Kaiat (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Carl Douglas Victor Moosom (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)," katanya.
Atiqah Syairah Shaharuddin pula mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Dr Muhammad Razak Idris (Menteri Hal Ehwal Agama), V. Ravindran (Menteri Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Menteri Kesihatan) dan Mohammad Ghazali Hajiji (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).
Perdana Menteri berkata pada minggu lepas, seramai 10 setiausaha politik turut mengangkat sumpah simpan rahsia antaranya Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Ir Irwan Zulkarnain Hasbie dan Mikai Mandau (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peladangan dan Komoditi).
Turut mengangkat sumpah adalah Chiong Yoke Kong (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), Ambrose Abong Bugek (Menteri Kerja Raya), Johari Kassim (Menteri Dalam Negeri), Ooi Tze Min (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Mohammed Kamaluddin Effendie (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Seang Hock (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Abdullah Izhar Yusof (Menteri Komunikasi dan Digital).
"Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk," katanya.
Upacara mengangkat sumpah simpan rahsia itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Seramai 13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia. - Foto Twitter/@anwaribrahim
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari
Tempoh reman ke atas seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri dilanjutkan tiga hari lagi.
Bekas Setiausaha Politik Mohamad Sabu bebas tuduhan rasuah RM6.48 juta
Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah.
Setiausaha Politik PM bidas kenyataan Abdul Hadi 'kerajaan tak dapat disucikan'
Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara sinis mendakwa seolah-olah kerajaan tidak dapat disucikan kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah, tidak mencerminkan nilai agamawan Islam.
Bekas setiausaha politik minta rasuah lulus projek percetakan buku antara dua ditahan SPRM
Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan adalah antara dua individu yang ditahan SPRM disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku.
Setiausaha Politik Anwar buat laporan polis
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri membuat laporan polis terhadap tiga individu kerana mengeluarkan dan menyebar beberapa kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Perdana Menteri.
Bekas setiausaha politik Idris Haron didakwa terima suapan lebih RM400,000
Tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM408,736 sebagai upah projek pembinaan masjid, enam tahun lalu.
10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.
13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia hari ini
Seramai 13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia.
Polis siasat Setiausaha Politik ADUN pembangkang Perak
Polis telah merakam percakapan seorang Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sebuah parti pembangkang di Perak berhubung sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya
'Saya tak sebut pun nama dia' - Tun Mahathir bidas Tony Pua
Kupasan buku terbaharu Tun Dr Mahathir, Capturing Hope: The Struggle Continues For a New Malaysia yang mengundang bidasan Tony Pua jelas menggambarkan apa yang terkandung dalam buku itu benar.