Lebih 100 ahli termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Tangga Batu, Melaka hari ini mengisytiharkan keluar parti ekoran krisis dalaman melibatkan jawatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Bekas Pengerusi Amanah Cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Jalalludin Mulot berkata, keputusan itu dibuat selepas kesemua mereka tidak lagi yakin dengan jaminan diberikan oleh kepimpinan tertinggi negeri apabila terdapat campur tangan pihak lain dalam pemilihan jawatan berkenaan.
Ujarnya, pada Oktober lalu, beliau telah diberi mandat untuk menggalas jawatan Pengerusi MPKK bagi menyelesaikan kemelut dalaman perebutan jawatan ahli jawatankuasa MPKK yang telah lama berlaku sesama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun setelah krisis itu diselesaikan, beliau tiba-tiba diberitahu pihak penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor bahawa Pengerusi MPKK baharu telah dilantik menerusi campur tangan pihak luar.
“Dalam negara kita yang dikatakan ‘Malaysia Baharu’, tidak mahu ada pemimpin yang begini, yang kita kena angguk, kita kena ikut kehendak dia. Dia langgar kawasan siapa untuk menentukan, membina empayar dia. Tak boleh.. Itu style lama.
“Kita tak boleh terima cara ni. Jadi saya mengisytiharkan, biarlah saya berundur keluar dari parti daripada menjadi ‘pak turut’, dan memenuhkan nafsu serakah pemimpin yang sebegini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kampung Paya Rumput Jaya Hilir hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan mengejut yang turut mendapat persetujuan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari itu amat mengecewakan ahli parti berkenaan kerana ia dilakukan atas dasar mengikut kehendak pihak luar berkenaan yang memegang jawatan selaku exco kanan kerajaan negeri.
Ujarnya, secara peribadi, beliau hormat exco kanan berkenaan, namun campur tangan itu disifatkan biadab.
Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika mengulas ringkas isu berkenaan berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat berkaitan dengannya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Nov 25 2018
![100 ahli Amanah di Melaka keluar parti 100 ahli Amanah di Melaka keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41543143821_AhliAmanah.jpg)
Sebahagian daripada ahli Amanah cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Tangga Batu, Melaka hari ini mengisytiharkan keluar parti. - Astro AWANI
![Kereta rempuh premis kopi selepas dirempuh kereta lain Kereta rempuh premis kopi selepas dirempuh kereta lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722332567_TBeksiden.jpg)
Kereta rempuh premis kopi selepas dirempuh kereta lain
Sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki melanggar belakang sebuah Honda City yang kemudiannya merempuh dinding kaca sebuah premis kopi di Sekinchan.
![PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722336655_TBZahidhamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata bagi sebarang fitnah yang dibuat, penjelasan akan dibuat kembali oleh jentera parti, dan penerangan berhubung isu berkenaan akan diperhebatkan.
![Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan - Exco Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722330726_TBANFAAL.jpg)
Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan - Exco
Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan sebelum ia menjadi satu trend dalam kalangan pasangan di negara ini.
![Kebakaran besar landa Euboea, pulau kedua terbesar di Greece Kebakaran besar landa Euboea, pulau kedua terbesar di Greece](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722335718_TBFIREGREECE.jpg)
Kebakaran besar landa Euboea, pulau kedua terbesar di Greece
Kebakaran itu merebak dengan cepat di kawasan yang sukar dilalui, kata jurucakap bomba.
![Sultan Pahang titah kekurangan nilai integriti punca tanah negeri 'dijajah' pendatang asing Sultan Pahang titah kekurangan nilai integriti punca tanah negeri 'dijajah' pendatang asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722330827_TBSULTANPAHANG.jpg)
Sultan Pahang titah kekurangan nilai integriti punca tanah negeri 'dijajah' pendatang asing
Sultan Pahang bertitah kekurangan nilai integriti, menyebabkan tanah di Pahang sudah mula 'dijajah' oleh pendatang asing secara terang-terangan.
Kerajaan ambil kira pelbagai pandangan perkasa Ekonomi MADANI
Kerajaan akan terus memperkasakan Ekonomi MADANI dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan daripada semua pihak terutamanya dalam menaikkan siling untuk menjadikan negara sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia.
Malaysia sasar jadi kuasa AI global - Wilson
Kerajaan merebut peluang yang dibawakan oleh pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) dengan berusaha lebih giat untuk menjadikan negara sebagai kuasa AI global.
Khazanah Nasional selesai pengambilalihan MAVCAP, Penjana Kapital
Susulan pengambilalihan itu, MAVCAP dan Penjana Kapital kini merupakan anak syarikat milik sepenuhnya Khazanah.
Kos selenggara lapangan terbang meningkat 34 peratus pada 2024
Kos penyelenggaraan lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan meningkat kepada 34 peratus pada 2024.
Hutang negara AS mencecah rekod AS$35 trillion
Data baharu daripada Jabatan Perbendaharaan yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan bahawa hutang negara kasar mencecah AS$35 trillion.
![Pemilihan Amanah: Pilih berdasarkan merit bukan cai - Mat Sabu Pemilihan Amanah: Pilih berdasarkan merit bukan cai - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568700938_MohamadSabu.jpg)
Pemilihan Amanah: Pilih berdasarkan merit bukan cai - Mat Sabu
Menurut Mohamad seseorang pemimpin yang bakal dipilih perlu dilihat kebolehan dan kemampuan yang dimiliki kerana ia boleh membantu parti.