Sehingga awal pagi nanti, seluruh negara akan memberikan tumpuan kepada pakatan manakah yang akan mula-mula mengumpulkan sekurang-kurangnya 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan -- Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Tetapi daripada 222 kerusi Parlimen yang kesemuanya ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini, ada beberapa kerusi yang mendapat tumpuan yang lebih.
Berikut antara kerusi-kerusi tumpuan itu:
P.121 LEMBAH PANTAI
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lima tahun lalu. Dalam pilihan raya itu, beliau mengalahkan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ketika itu, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.
Nurul Izzah ditentang oleh calon Barisan Nasional, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam kabinet kerajaan sebelum ini.
Kerusi ini menarik perhatian kerana kedudukan kawasan parlimen ini di pinggir Kuala Lumpur dan merangkumi penduduk yang terdiri daripada kelas menengah dan atasan serta golongan miskin bandar.
Sepanjang kempen dua minggu lalu dan sebelum Parlimen dibubarkan, kawasan ini menarik perhatian ekoran beberapa insiden keganasan politik.
P.161 PULAI
Kerusi ini jadi tumpuan kerana mempertembungkan dua pemimpin muda dalam UMNO dan Pas yang bertanding di kawasan kerusi majoriti pengundi Melayu.
Kubu kuat UMNO dan BN ini mempunyai 47 peratus pengundi Melayu.
Penyandangnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed menang di kerusi ini dalam dua pilihan raya umum yang lalu, Pada 2004, beliau menang dengan 34,926 undi manakala pada 2008, undi itu merosot menjadi 20,449.
Lawan beliau ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang membawa harapan Pakatan Rakyat untuk buat pertama kalinya menembusi kubu kuat UMNO dan BN di Johor.
P.67 KUALA KANGSAR
Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim melanggar ketetapan parti yang tidak menyenaraikan beliau sebagai calon dalam PRU-13 ini dan bertanding sebagai calon bebas. Beliau kemudian dipecat seumur hidup daripada UMNO.
Beliau mencabar calon BN, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad serta calon Pas, Khalil Idham Lim. Kedua-dua mereka berpindah daripada kerusi Dewan Undangan Negeri untuk bertanding kerusi Parlimen.
Kerusi ini jadi tumpuan untuk melihat apakah ada undi simpati daripada Wanita UMNO dan pengundi wanita keseluruhannya kepada Kamilia yang berkempen untuk mengangkat hak wanita.
Kuala Kangsar mempunyai 51.85 peratus pengundi wanita.
Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa dalam satu kempennya menggesa ahli UMNO dan penyokong BN supaya jangan beri undi simpati kepada bekas ahli UMNO yang berpaling tadah.
P.125 PUTRAJAYA
Kerusi ini dilihat jadi trofi simbolik yang direbut oleh BN dan Pakatan Rakyat kerana di sinilah terletaknya pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pakatan Rakyat mengidamkan kerusi ini kerana dilihat kalau tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan pun, mereka nanti boleh bermegah "menang di Putrajaya".
Ia mengemukakan pemimpin kanan Pas, Datuk Husam Musa yang mencabar Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sepanjang tempoh kempen, kawasan ini jadi tumpuan tokoh UMNO dan Pas termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
BN yakin akan menang di Putrajaya namun sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat juga tidak boleh diperkecilkan, dan apakah kehadiran tinggi dalam siri ceramahnya akan diterjemahkan jadi undi.
P.180 KENINGAU
Ini pertandingan adik beradik. Penyandang, Joseph Pairin Kitingan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) ditentang oleh adiknya, Jeffrey Kitingan yang bertanding atas tiket Parti Reformasi Negeri (STAR).
Mereka pernah bertembung sebelum ini dalam pilihan raya umum lima tahun lalu di kerusi yang sama.
Dalam pilihan raya itu, Joseph mengalahkan adiknya dengan 4,264 undi sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2004 itu.
Kerusi ini juga ditandingi oleh calon PKR, Stephen Sandor.
P.162 GELANG PATAH
Kerusi ini disifatkan tumpuan utama daripada segala tumpuan. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berpindah dari kerusi yang disandangnya di Ipoh Timur untuk mengetuai apa yang disifatkan sebagai "asakan Pakatan Rakyat untuk membentuk gelombang tsunami dari selatan".
BN memindahkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bertanding di kawasan ini dan mengambil alih daripada MCA yang biasanya secara tradisi mewakili parti pemerintah itu.
P.205 SARATOK
BN menggugurkan calon penyandang kerusi ini, Jelaing Mersat beberapa hari sebelum penamaan calon dan meletakkan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, William Mawan.
Beliau ditentang tokoh politik Pakatan Rakyat Sarawak yang jadi perhatian sejak dua tahun lalu iaitu Ali Biju. Dalam pilihan raya negeri pada April 2011, Ali mengalahkan Datuk Peter Nyarok Entrie dan jadi "giant killer".
Semasa kempen, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di kawasan ini dalam sisri jelajah kempen mereka ke serata negara.
Astro Awani
Sun May 05 2013
Belanjawan 2025: Perkukuh daya saing ekonomi negeri - MB Johor
Insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City akan membantu mencapai matlamat tersebut, kata MB Johor.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Portal Bahasa Inggeris Astro AWANI berwajah baharu mulai 21 Oktober ini
Halaman lebih menarik, kandungan lebih komprehensif, portal Bahasa Inggeris kelolaan Astro AWANI bakal tampil berwajah baharu mulai Isnin ini.
Tingkat capaian Internet, anjak produktiviti IPTA dan taraf hidup - MCMC
Peruntukan sebanyak RM320 juta untuk peningkatan capaian Internet dalam Belanjawan 2025 mampu menganjak produktiviti institusi pendidikan serta taraf hidup rakyat.
[TERKINI] Bot karam | Operasi kesan lima mangsa disambung pagi ini
Operasi mencari lima mangsa hilang dalam insiden bot karam sewaktu sesi Latihan Regata di Sungai Sarawak disambung semula pagi ini.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
[TERKINI] Bot karam | Operasi kesan lima mangsa disambung pagi ini
Operasi mencari lima mangsa hilang dalam insiden bot karam sewaktu sesi Latihan Regata di Sungai Sarawak disambung semula pagi ini.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Israel dedah video lokasi serangan ke atas Yahya Sinwar
Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar pada Jumaat.
AWANI Pagi: Analisis pasca pembentangan Belanjawan 2025
Awani Pagi 8.30 hari ini bersama dua tetamu, Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai & Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, Pro Vice Chancellor Icats University College Kuching mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
Malaysia tingkatkan keselamatan siber ASEAN dengan kepimpinan CERT serantau - Gobind
Aspirasi utama Malaysia bagi inisiatif terbabit adalah untuk membangunkan ruang siber serantau yang selamat dan berdaya tahan.
PRU14: BN, Pas, PH 'gocoh' di Kelantan
Dalam pertandingan di negeri dengan majoriti pengundi Melayu ini, BN pula akan mengekalkan calon 'heavy weight' di beberapa kerusi Parlimen yang disandangnya.
Pengiraan bermula, dan ini antara kerusi tumpuan
Daripada 222 kerusi Parlimen yang kesemuanya ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini, ada beberapa kerusi yang mendapat tumpuan lebih.