“Manifesto Barisan Nasional (BN) mengandungi perkara-perkara realistik yang boleh dilaksanakan.”

Demikian pandangan Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Menurut beliau, perkara-perkara baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti pembinaan kereta api laju antara Malaysia dan Singapura dan pembaharuan dalam struktur cukai merupakan antara intipati manifesto yang bernas.

“Beberapa perkara sedia ada seperti BR1M yang hendak ditambah jumlah pemberiannya merupakan langkah yang baik,” tambah beliau.

Apabila ditanya mengenai penggunaan perkataan ‘Aku Janji’ dapat memberi kesan atau tidak kepada rakyat, Prof Shamsul menerangkan bahawa penggunaan perkata tersebut tidak penting buat rakyat.

“Apa yang penting adalah pelaksaan janji-janji yang dibuat dan apa manfaat yang bakal diterima oleh rakyat,” kata Prof Shamsul.

Beliau menambah, para pengundi akan memikirkan apa yang bakal mereka peroleh dan sama ada ia akan memberi kesan positif kepada mereka atau tidak.

“Lebih banyak peluang pekerjaan perlu diwujudkan supaya rakyat dapat merasai perubahan menerusi manifesto BN ini,” tambah Prof Shamsul.

Beliau mengulas pandangan ini semasa ditemubual di dalam Buletin Awani pagi ini.