Wartawan Astro AWANI di seluruh negara meninjau pengalaman mereka.
“Saya rasa berdebar kali pertama hendak mengundi. Bila dah buang undi, saya rasa lega dapat tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi”
Itu pengalaman Noor Fahmey Azhar yang ditemui di SK Desa Baiduri setelah membuang undi di salah sebuah pusat mengundi untuk kerusi P102 Serdang dan N27 Balakong.
"Sangat lega lepas undi" kata San San, 37, pengundi kali pertama DUN N15 Maharani.
Bagi pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur, pengalaman mengundi pertama kali amat mengujakan dan merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang warga negera.
Nor Nadia Dayana Mohd Razman, merancang balik awal ke kampung adalah sebagai persediaan menghadapi hari mengundi adalah langkah bijak katanya.
Begitu juga dengan Siti Maizatul Ashikin Sharbarin, perasaan berdebar-debarnya hilang setelah melangkah masuk ke bilik pengundi.
Mereka adalah sebahagian dari pengundi di pusat pengundian Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, iaitu lokasi sama dimana Datuk Seri Najib Tun Abd Razak membuang undi pagi tadi.
Sementara itu, Lim Min Yin, 31, yang juga merupakan pengundi pertama, berkata beliau mengundi untuk sebuah negara yang lebih baik.
“Saya hendak pendidikan yang lebih adil dan cukai dikurangkan. Saya mengundi untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Adiknya, Lim Ken Sim, 24, berkata beliau inginkan peluang yang lebih banyak untuk rakyat Malaysia, samada dari segi pelaburan dan pekerjaan.
Seorang lagi pengundi pertama P. Umah, 26, berkata beliau berharap harga barangan dikurangkan dan beliau mengundi pihak yang dirasakan mampu melaksanakannya.
Di bawah antara tweet menarik yang sempat dikongsikan oleh wartawan Astro Awani bersama pengundi yang mengundi buat kali pertama.
Slot U-Wartawan turut menemubual mengenai pengalaman, pendapat dan perasaan dua pengundi muda yang mengundi buat kali pertama.
Sementara itu penyanyi Gadaffi Ismail Sabri, atau lebih dikenali sebagai "Dafi", turut mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum.
Dafi, 25, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong, Bera, 11 pagi tadi.
"Saya berasa lega apabila tanggungjawab sebagai seorang rakyat dapat ditunaikan," katanya kepada pemberita.
Dafi, 25, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong, Bera, 11 pagi tadi.
"Saya berasa lega apabila tanggungjawab sebagai seorang rakyat dapat ditunaikan," katanya kepada pemberita.